Followers

Tuesday, December 6, 2016

Bila kebuluran ditengah malam

Aku ni kan, kalau hari bekerja, memang jarang memasak kat rumah, Abi jela yang selalu memasak, sebab biasanya dia balik awal, bila aku sampai rumah je, dia dah siap masak dah.Tapi ada jugak hari yang dia tak masak, biasanya kalau dia kerja petang balik malam, sampai rumah masak yang simple2 je, kadang tu aku tapau je lauk, balik rumah masak nasik dan goreng telur je.Kekadang kalau kat rumah mak ada lauk lebih, aku bawak balik jugak.hehehe..Tengok pada keadaan lah, yela kadang fikir nak masak beria tu macam tak berbaloi plak, dahlah makan berdua je, Dak Iqy pon makan banyak mana je.

Tapi bila tengah2 malam tiba2 lapar, dan2 tu jugak keletang keletung kat dapur, papp papp siap, menu simple je sedap sangat dah, sampai bertambah2 nasi.Macam baru2 ni, tetiba je lapar tengah malam, Abi gorengkan ayam dan   masak sayur bayam, disebabkan aku tak makan sayur, aku goreng telur gentel.Makan dengan kicap, ayam cicah sos, masyaAllah sedapnya.Bertambah2 nasi ditengah2 malam wey,camne tak bambam badan tu..

Teringat zaman kecik2 dulu, time tinggal berdua dengan along, mak abah pergi keje, kalau lapar suka suruh along aku gorengkan telur gentel atau nama sebenarnya 'scrambler egg'.Walaupon mak dah sesiap masak lauk, tetap nak telur gentel yang along aku buat jugak..Hehehehe.


Kadang menu yang simple tu buat selera bertambah , tak memasal je bertambah nasi, layannn je.Feel tu lain machiamm.Jemput makan korang..

3 comments:

  1. tengah bayangkan telur gentel camne hihi..mcdee mungkin ckp tu telur hancur. mila kadang confius telur dadar dgn telur mata lembu haha...

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)