Followers

Thursday, June 6, 2013

Celebrate Birthday Yaya di Flora Kafe


Pertama kali jejak kan kaki ke Flora Kafe ni masa meeting under SOTA travel kat entry ni.Pandangan pertama terus jatuh cinta dengan tempat ni, ada jugak berangan nak celebrate anniversary kat situ, tapi anniversary pun dah lepas, lagipon jarak dari rumah ke Flora Kafe ni jauh jugak, takpelah maybe next time boleh celebrate anniversary kat sini, bukan setakat celebrate anniversary je, macam2 event boleh buat kat sini, baby shower, besday party, candle light dinner,baby shower, media conference (macam Scha & Awal buat masa nak umum tarikh nikah), haaa Father's Day tak lama lagi kan, aku suggest kat korang celebrate kat Flora Kafe ni, memang terbaik,harga mampu bayar plak tu, nampak je macam tempat makan eksklusif tapiiiii harga murah je, lagi murah dari Secret Recipe aku rasa.Menu plak lebih kepada menu masakan melayu dan dihidangkan secara buffet.Harga sekepala untuk lunch buffet baru RM22 je, murahhh kan...Silaalah percaya...sumpah tak tipu..



Amacam cantik tak Flora Kafe ni,kalau buat event kat sini rasa macam buat kat hotel lima bintang je.Dengan bunga juntai2 nya, dengan lampu romantikknyer, memang superbb betul.That's why lah kitorang sepakat nak celebrate besday Yaya kat sini, mulanya kitorang ada plan lain nak seperaiskan Yaya masa besday dia 23 May aritu, tapi sebab masing2 busy last minit, so, we'oll tukar plan, nak buat kat Flora Kafe plak.Aku si tukang beli kek, kek murah je pun..kihkihkih...Jadiklah buat tanda ingatan...hihi tak gitu..



Suka giler tengok deco-deco kat Flora Kafe ni, dia ada 2 bahagian , satu indoor, satu lagi outdoor, yang outdoor tu sekali dengan tempat buffet , kitorang plan dengan Mel suruh dia set up meja kitorang nanti, so, masa sampai2 je dah tersedia meja untuk kitorang kat bahagian luar, selesa sikit sebab kitorang kan ramai..Senang nak ke hulu ke hilir.


Ini dekat bahagian outdoor, maksudnya ruangan ni lebih terbuka lah sampaikan orang yang lalu lalang bersidai kat tingkat atas pun boleh usha kita makan kat bawah.hehe..Time ni Eida tak sampai lagi, so we all (aku, IezaMila dan Yaya) bergambar dulu kat sini..hehe










Kitorang pilih menu buffet lunch,ada nasi dengan pelbagai lauk, ada laksa, ada pencuci mulut, macam2 ada lah senang citer, dah nama pun buffet kan.Aku plak time tu perut tak berapa nak sedap, aku makan laksa je, sedapppp weyyy tak tipuu...


Ni lah meja kitorang, siap dengan alas meja liplap2, belon-belon, kelopak bunga, lilin, auwwww so sweet ...Untonglah si Yaya ni kann...hehe..Hiasan meja dan deco semua disediakan oleh Flora Kafe, kitorang datang makan je..



Sampai 2 bijik kek si Yaya hadap haritu, nasib ko lah labu, sampai tak menyempat2 nak potong kek, orang tak habis nyanyi lagi dia dah potong dulu..hehehe..Tapi takpe, its okey bebeh..Yang penting dia happy, bila dia happy kitorang pun happy.






Gambar beramai2 tak dilupa, ni boleh dikira reunion jugak ni, boleh dikatakan perfect geng kami time ni, Ieza pon ada, lengkappp dah weolls, bestnya kalau selalu dapat berjumpa and berkumpul cmni..Tapi apa boleh buat, Ieza nak jadi mak orang dah tak lama lagi, so masa untuk kami mungkin terbatas sikit, tapi takpe, kite tetap boleh jumpa jugak kan...hehe


Dan perkenalkan, Mel (manager Flora Kafe), dia lah yang bertanggungjawab uruskan besday party untuk yaya ni..Thank you Mel..Korang pun kalau teringin nak buat sebarang event kat Flora Kafe ni, jangan segan silu contact Mel terus untuk booking tempat, korang boleh request apa saje kat Mel ni, sedaya upaya dia akan usahakan dan jadikan event korang tu lebih happening.Korang boleh direct call Mel untuk booking tempat dan bagitaw dia deco and tema apa yang korang nak...Call kat nombor ni yer..
017-302 4117 (Mel)


Jangan tak taw, Jalan-jalan cari makan pun pernah datang sini taw


Cer teka sape yang kat tengah2 tu, kalau nak taw itu lah "Maklong", owner Flora Kafe.Dia orang melayu kita yang berjaya buktikan yang orang melayu pun boleh buka kafe yang eksklusif macam Flora Kafe ni..Hebakkk arrr maklong..Maklong sangatlah baik orangnye dan pemalu, nak ajak bergambar pun dia malu-malu taw, tapi dia tak sombong pun, siap pelok2 lagi..heheheeh..

Last sekali, ucapan untuk Yaya (walaupun dah terlambat), Happy Birthday yang ke-24 tahun, Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia.Dan tak lupa semoga berbahagia dengan Syafiq, moga kekal hingga ke syurga.Amiiinnnn...

Nak upload video kat sini tapi ntah kenapa tak boleh, tapiii aku copy link jela kat sini, sesiapa nak tengok video majlis kami celebrate besday Yaya boleh klik sini =====>>





Info : Flora Kafe
         Lot G.08B-1,
         Ground Floor The Ampwalks
         Ampang,Selangor.

         Tel : 03-2161 8010  / 03-2858 6090

FacebookFlora Kafe (klik)





16 comments:

  1. maklong tu sangat tak sombong kan, lembut je orang nya Flora Kafe memang best sebab Mell tu friendly gilaaa...

    ReplyDelete
  2. wahh..bestnye la kalau dpt celebrate ape2 anniversary kt tempat mcm nie kan..cantik sangat flora cafe tu..dan kek tu pun nmpak sdap dan mnyelerakan..:))

    ReplyDelete
  3. Specialnyer bday dia...sonok berkumpul kekawan ni :)

    ReplyDelete
  4. kelaaaaasssnya kafe nie...
    nanti kalau balik kl leh la try makan kat kafe nie...

    ReplyDelete
  5. waa..cntiknya..rsa cm nak tdo kat situ terus je..hihi

    ReplyDelete
  6. seronoknye dapat mkn2 tempat cm gini.. mmemang jarang la dapat mkn

    ReplyDelete
  7. meriah..wah siap posing ngan owner kedai

    nory..sabtu ni pegi jugak ek...best ada geng...nanti bg no hp

    ReplyDelete
  8. cantikkkkkk nye..
    harga pon ok rm22 jek..

    happy belated yaya.. :)

    ReplyDelete
  9. wahhh bestnyaa.. tempat dia pun cantik.. perghhhhhh

    ReplyDelete
  10. serius berbunga-bunga je perasaan bila masuk restoran ni kan?

    ReplyDelete
  11. waaaaah, eklusifnya sambut besday kat sana.. =)
    happy belated besday..

    ReplyDelete
  12. mesti best kannnnnnnn~~

    ReplyDelete
  13. Cantik la deco kt cafe nie..mesti best kan sesekali dpt brkumpul ramai2..:)

    ReplyDelete
  14. Nak tanya..kalau nak buat birthday party kene extra charges ke?

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)