Followers

Thursday, December 15, 2016

Gedabak Budget Cafe, Bukit Puchong


Haritu masa aku cuti terpaksa, (haahh ponteng lagi, hahahaha), sempatlah bawak mak aku jalan2 cari makan kat area bukit puchong.Kebetulan ada cafe member aku kat area situ, tak pernah try makan situ lagi, tu yang ajak mak try tu.Nama cafe Gedabak Budget lokasi di Bukit Puchong bertentangan dengan Pos Office.



Kat sini menu lebih kepada western, nasi takde tau, kebetulan aku pon dah kenyang masa tu baru lepas lunch.Saje ingatkan nak minum2 je, mak plak teringin nak try Mee soya..Aku order yang small, tapi portion dia boleh tahan banyak jugak, kitorang makan berdua pon jenuh nak bagi perabih, nasib tak order yang besar.Hahahaha..


Tapi berjaya juga makan sampai habis, sebab sedap, kuah sup dia tu sedap giler.Aku siap hirup lagi kuah dia, mujur tak ramai customer time tu, mungkin sebab waktu bekerja kan, tapi masa nak balik, ramai plak yang baru datang.Wahhhh ni yang rasa nak try menu lain plak ni.Dengar kata set kambing dia sedap dan murah.



Aku order chocolate ice , sedap air coklat dia, besar jugak gelasnya.Murah plak tu, RM5.90 je..Huhu..Mee soya tu plak RM7.90 untuk size kecik.Nanti aku review lagi sekali lepas second visit taw.Yang ni review light2 je, sebab baru nak cuba kan, tak sangka plak sesedap itu.Kalau tengah lapar tu, memang aku order set western je.hehehehe

3 comments:

  1. nama cafe gedabak..beso ke cafenye hehe...kalo sedap pasti akan dtg lg cuba menu lain kn

    ReplyDelete
  2. small portion tapi nampak big portion..kelass :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nory, wahh macam sedap je mee soya dia..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)