Followers

Wednesday, December 14, 2016

Hari tanpa gadget


Dak Iqy ni sejak dah besar ni, makin taksub dengan gadget.Kadang tu seharian nak gadget je, bila tak bagi mengamuk.Dah cuba sorok kan, dia memberontak nak jugak.Aku pening jugak camne nak setelkan masalah ni, kalah boleh takmau lah dia bergantung dengan gadget je.Sampaikan dia dah hafal step tarian dalam video spiderman tu, bayangkanlah video berdurasi 20minit tu dia boleh hafal semua step tanpa tengok okey.Teruja jugak lah aku, sebab aku pon tak mampu nak hafal step tu..Dia suka sangat menari wey.Dah tersampuk dengan superhero2 dia tu lah.


Haritu aku belikan dia pensil warna baru, beli buku mewarna yang baru, nak bagi dia semangat baru sikit, dah lama jugak dia tinggal buku2 dia ni, tapi alhamdulillah dia masih ingat A to Z, masih pandai mengira lagi.Risau jugak takut dia lupa.Mungkin berkat makan kismis kot, dia suka sangat makan kismis, kunyah macam makan nasi je.Haritu nenek siap belikan yang timbang punya, dapat lah banyak sikit untuk buat stock.Itupon sekejap je dah habis.huhuhuu..


Berbalik pada tadi, kan aku dah beli pensil warna baru tu kan, terus aku ajak dia mewarna, pelan2 aku alih perhatian dia terhadap gadget.Pelan2 sorok dalam laci.fuhhh lega, ingat jugak tapi tak mengamuk lah, sebab dia tengah seronok mewarna kan.Dengan aku sekali join mewarna, seronok plak mewarna teringat zaman sekolah dulu selalu masuk pertandingan mewarna.Sampai habis kesemua buku dia warna, bila dah habis, dia start lah cari gadget dia balik.Adehhh sabooo jela.Tak sempat nak pergi borong buku warna.Alaa beli kat kedai RM2 je, boleh dapat banyak buku.Aku pon join sekali nanti, tu yang buku warna cepat habis..hahahahha..

3 comments:

  1. Assalamualaikum Nory,

    Eloklah buat camtu, at least Dak Iqy tak addicted pada gadget. Biar dia leka mewarna.. hehehehe Good job dear! :-)

    ReplyDelete
  2. bdk2 skarang ngan gadget berpisah tiada..kena pandai2 control kn..hah bgs bg die mewarna tu

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)