Followers

Thursday, December 22, 2016

Jalan- jalan Kemaman

Hari pertama kat Kemaman, tak kemana sangat, sampai rumah maklong terus mandi dan rehat, sebab penat seharian jalan jauh kan, dalam kepala ingat bantal je.Huhuhuuu.Malam tu maklong masak sardin dengan telur dadar pon dah rasa sedap sangat dah.Nak keluar dah penat, nasib baik maklong masakkan sardin..

Esok tu baru mula aktiviti jalan2, mulanya ingatkan nak ikut mak pergi sarapan.Kat sana sarapan makanan best2 ooo..Tapi mak pergi awal sangat.Subuh bangun tgk mak dah siap mandai dah get ready nak keluar gi sarapan dengan maklong n maklang semua.Tinggallah aku, abi,tasha n dak iqy je kat rumah sambung tidur.hahahahha.


Mak balik bawak nasi dagang balut daun pisang.Perghhh sedap wey..Nasi lemak pun siap ade ikan tongkol lagi.Ko hade..Aku jakun lah, sebab kat key ell nasi lemak singgit ada telur sebelah pon aku dah sujud syukur dah, inikan plak ade ikan tongkol.Jakunlah sekejapp kan..haha.Murah plak tu, kat sana kuih 4biji singgit masih wujud lagi tau, besar2 plak kuihnya.huhuhuu..Kalau kat sini, mana nak dapat.


Petang plak maklong ajak lepak pantai kemasik, ingat nak pergi Cherating, tapi takut hujan plak, lagipon kitorang  tak plan nak mandi laut pun, nak jalan2 je, so kitorang pergi Pantai Kemasik, sini tak leh mandi, ombak dia kuat sangat.Agak ganas jugaklah ombak dia.Tapi cantik sangat, aku tetiba teringat Krabi.Sumpah rinduuu..huhuhuuu..



Dak iqy merajuk tak dapat mandi laut...masam je muka..huhhh!!!

Cubaan tarik tangan mama ajak mandi laut..Heyy mana boleh mandi kat sini lahhh..

bergambar je boleh...

Dak Iqy dok berzikir nak mandi nak mandi je keje dia.Tak habis2 merengek ajak mandi suruh buka baju dia, siap tarik tangan aku lagi.Adehhh...Last2 termenung camtu tengok ombak je.
Kebetulan plak ada orang main layang2 gergasi bentuk sotong kurita tu, Dak Iqy yang perasan dulu itu sotong kurita, beria2 tunjuk kat aku, mama!!! Mama!! Octopusss!!..yang aku tak perasa  lagi tu bentuk sotong..Dah lama baru perasan haah lah sotong, patutlah dak iqy sibuk sebut Octopus octopus..hahahahaha..Mula2 dia macam excited seronok, lama2 dia macam takut2 berani plak menyorok belakang aku, "mama, Iqy takut laaa"..hahahah..Pulakkkkk...


Panas merelit2, tapi angin sepoi2 menampar pipi, habis senget bengot tudung aku.Huhuhuuu...Sempatlahhh bergambar tiga beranak, Dak Iqy muka blur teruja tengok keindahan pantai kot.Biasa tengok laut port dickson je, kalini tengok pantai cantik camni plak..Suka lah tu..Tu yang terkinja2 ajak aku mandi laut tu.Last2 mandi dalam bilik air rumah maklong je.Hehehe
Dah bergambar kat pantai, kitorang lepak kat taman plak, Dak Iqy main kat playground, aku main kucing.Ya Allah kucing2 kat sini comel dan gebu2 belaka walaupon kucing jalanan.Dah lah comel, manja plak tu, peramah giler.Aku dan kucing memang berpisah tiada, ibarat aur dengan tebing, kemain  lagi aku punya perumpamaan.


Nampak tak semua nak leset kat aku, semua macam meminta dibelai je, kurang kasih sayang aku agak.hahahha..Anyonyooonyooo...geram lah aku weyyy dengan makhluk berbulu ni..huhu.



Tak lama pun lepak sini, semua dah ajak gerak dah, nak pergi makan satar plak.Tapi alahaiii salah pergi kedai plak.Satar dia tak sama macam yang aku pernah makan sebelum ni.Ada satu kedai lagi tu tapi maklong aku dah lupa yang mana satu.So hadap jelaaa..Kempunan nak makan satar sedap.huhu..
Sebelum makan satar tu lepak tepi laut ni, aku lupa lah nama tempat ni, dulu aku pernah buat entry tapi malas nak godek.Cantik tempat ni kalau nak photoshoot, tapi aku takdelah photoshoot beria.Kebetulan ada serpihan boat terbenam kat pasir tepi pantai tu, macam ala2 mini kapal titanic plak.So aku pun fefeeling lah Leonardo & kate winslet kat situ dengan dak Iqy.Ko bayangkan jela Dak Iqy tu sebagai Leonardo dan aku sebagai Kate Winslet..Auwwww u jump, i jump..hahahahhaa...Siap buat video lagi.Hahaha sewelll betul..


Dah siap makan satar, balik rumah mandi dan solat siap2, lepas isyak kitorang keluar balik untuk dinner.Maklong bawak makan kat restoran pekan kemaman, tepi laut jugak.Memasing dah lapar nasik.Mujur sedap makanan kat restoran ni.Takde gambar untuk restoran ni sebab memasing lapar sampai tak larat nak pegang henpon dah.hhahahaa..

Lepas makan ikut papa n abi memancing plak, papa ni memang kaki pancing, Abi plak rajin melayan, ikut jela hobi pak mertua, last2 dia pon terjebak minat sekali.Sekarang dah ada batang pancing sendiri okey..hahahaha..Sementara papa n abi memancing kitorang lepak amik angin malam.Dak Iqy punya energy makin malam makin galak pulak, semput aku kejar dia, boleh plak dia ajak aku jogging memalam buta tu, laju plak tu lari, tak terkejar aku, aku risau dia terjun dalam laut je..Haishhh bertuah punya anak..Lebih kurang pukul 1pg baru kitorang balik.Sampai rumah je mandi2 terus tido.Penat weyyyy...Lama tak jogging, rasa krem plak perut aku.huhuhuuu..

5 comments:

  1. Iqy nak mandi laut ya....alahai...kesian...tapi jangan dulu ya...

    ReplyDelete
  2. Iqy walaupun muka masam gitu dan merajuk. Tetap nampak hensem dan macho.. Heheee

    Kucing2 tu memang comel. Agaknya kot kurang kasih sayang.. Tak ramai yang nak belai mereka.. :)

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete
  3. ala kesiannya..kenapa ek tak boleh mandi dekat situ??
    i tak pernah pi bercuti ke TG lagi.kursus pernah la..tapi tak berjalan mana pun..hurm macam kena masuk dlm list jugak nie bercuti ke TG..;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya sebab ombak besar kot kat situ, bahaya kalau mandi..kite pon takut tengok ombak dia yang ganas tu...ehheehe...dahlah tak reti berenang...

      Delete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)