Followers

Monday, November 19, 2012

Apa yg specialnya hari ni?

Biasanya aku palingggg tak sukaa hari Isnin, Monday dan sebagainya.Bila hari isnin je aku lemau, asal aku lemau je mesti hari Isnin.Hari lain okay je, tak taw kenapa aku memang tak sebulu dengan hari Isnin..Korang pon sama kan?hehe..

Tapi...tapi..tapi..harini hari isnin kan..Harini aku suka sangat, senyummm je..Berapa tarikh harini?? 
19 November 2012 kan?
..Taw tak ape yg specialnya tarikh tu bagi aku? Mestilah special, tarikh keramat tu lah, aku dilahirkan di dunia.Harini genaplah 25 tahun umur aku.Sekejap je mase berlalu.Dah tua dah aku ek..Suku abad dah dalam diam2..Haishh..Anak pon takde lagi..hurmm..

Mak aku citer mase mak aku lahirkan aku dulu, misi2 kat hospital tu semua tak percaya aku ni anak mak aku, sebab kulit aku yang putih kemerahan macam anak cina/jepun.Mak aku plak berkulit hitam manis.Misi tu suspect mak aku tersalah ambik anak cina plak.Choiii...Takkan lah mak aku tak cam anak sendiri, dahlah lahir2 je terus letak kat sebelah mak aku, mase bila plak nak tertukarnya kan..Tapi bile dah besar tua bangka ni, muka aku takdelah "chinese look" sgt pon.Muka melayu biasa je..Comot plak tu.Kecik2 je comell..huhu..Sedehh!!

Aku dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya yg dulu dikenali sebagai Hospital Universiti..Sebab tu lah lepas STPM aku tak masuk mane2 Universiti, sebab lahir2 je  dah msuk Universiti Malaya...hahhaha..Bengong kan...?Padahal tak apply mane2 pon..Otak mmg dah beku nak study lagi..Tapi aku respect lah sape yg smbung study tu..Korang memang rajinn..Aku pemalas nak study punyer orang..Jangan contohi aku ekk..Harap2 anak2 aku nanti semua nya masuk universiti, janganlah jadi macam aku ni haa..hehehe..

Happy Birthday Nory Zoulkefle..
Alhamdulillah..
Di usia ini, aku dapat mengecap kebahagiaan
Di usia ini, aku dah punya suami yang sentiasa melindungi dan menyayangi diri
Di usia ini, aku mampu berdiri di atas kaki sendiri.
Di usia ini, aku kenali nikmatnya kehidupan
Di usia ini juga , aku pelajari jatuh bangun sebuah kehidupan
Di usia ini, aku berusaha dan berjaya menjadi diri sendiri.
Di usia ini, aku bersyukur dikurniakan insan2 tersayang yang sentiasa menjadi kekuatan aku dalam mengharungi hidup..

Ya Allah Ya Tuhanku, terima kasih utk 25 tahun ini.Limpahkan seluruh hidupku dengan rahmatmu, berkatilah rezeki ku, permudahkan aku dalam menempuhi dugaan hidup, kekalkanlah kebahagiaanku, kuatkan iman ku, kentalkan semangatku, dan panjangkanlah usiaku.Kurniakanlah zuriat yg soleh solehah buat ku...Aminnnn..

14 comments:

  1. Happy Besday NOry tua setahun je dari mila tapi nampak muda hoHo....apa rahsia ???

    ReplyDelete
  2. @Mila Ahmad Milaaa...thanks dear..nnt jumpa nak pelok2 taw..hehe..nampak muda?? eh mila salah tengok ke hape ni? muka nory ni, cakap anak lima pon org percaya taw...hahaha

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nory!
    happy belated birthday!
    semoga menjadi isteri dan ibu yang solehah.. :)

    ReplyDelete
  4. happy bday dear.moga panjang umo dan murah rezeki. happy bersama suami yea :)

    ReplyDelete
  5. Happy Besday dear, muda lagi baru 25 :)
    Semoga sentiasa berjaya dan berbahagia ye :)

    Akak dulu umo 25 tak kawen lagi :D

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir nory..semoga dipjgkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan anak2 yg soleh & solehah ;)

    ReplyDelete
  7. @Myra Jay thanks akak...mude lagi ke??heheh...dah suku abad dahni..

    ReplyDelete
  8. @Cik Awin mekasih awien...tak sabar nk tgk awien naik pelamin, mesti meletopps punyer kan...hehe

    ReplyDelete
  9. awak yang cantik manis, awak yang bakal jadi seorang ibu suatu hari nanti, awak yang bakal jadi bidadari syurga suami awak suatu hari nanti, selamat hari lahir yang ke 25.. nadia doakn semoga nory sentiasa dimurahkan rezeki, dunia dan akhirat. Dia tau yang terbaik untuk nory. sayangggg nory. :)

    ReplyDelete
  10. alaaaaa Lambat!!
    anywy hpy belated burfdayyyyyyyy awk!

    ReplyDelete
  11. @nadia nadiaaaaa!!!! sebak nory baca..thanks nadia..jumpa nnt nak pelok2 ok...=) saaayang nadia jugak...!!!

    ReplyDelete
  12. @Jna marcello haaa lambat kena bg hadiah taww...hehe...anyway, thanks dear...better late than never...hehe..=)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)