Followers

Monday, November 7, 2016

Cerita minggu lepas

Nak throwback sikit citer pasal sabtu minggu lepas.Abi kerja minggu lepas, so aku dah plan dengan mak dan tasha nak breakfirst sama2 pagi sabtu tu.Pagi sabtu tu takleh nak bangun lambatlah kekdahnya kan, dah nama pon breakfirst kenalah bangun awal macam nak pergi kerja jugak.Mandikan dak iqy siap2, bagi dia susu, kemas beg dia siap2 sebab dah taw dah lepas breakfirst mesti terus lepak rumah mak sampai petang.Dah alang2 keluar kan.

So pagi tu kitorang breakfirst kat Mcdonalds Puchong Getaway, bagi dak iqy makan bubur siap2, biar dia kenyang lama sikit, takde terkocoh2 nak ready makanan untuk lunch nanti.Lepas breakfirst, mak ajak lepak kat IOI Mall, saje je jalan2 cuci mata, tak shopping pon, terbeli sehelai je tshirt pakai untuk duduk2 rumah.haahhaha..Menyempat je kau kan.



Layan dak iqy main segala mainan ekk okkk ekk okk kat situ.Berhabis RM20 untuk main permainan tu je, itupon siap mintak aku lagi " mama, nak duit"..Nak naik kuda katanya..Duit pon ko dah kenal kan.Bila cakap takde duit, dia cakap , "ada...tu dalam beg mama"...adehhh kopak lah mama camni.Mujur nenek ada, nenek belanja Maklumlah mama belum gaji..sob..sob..sob..


Sekejap je lepak situ, sebab nak kena balik amik ikan pekasam, pastu nak hantar kat customer, so singgah umah aku kejap amik stock pekasam, lepas tu lepak umah mak jap, sebab hujan lebat, Pukul 2 baru gerak hantar Ikan Pekasam kat Shell Kg Kenangan.Alhamdulillah rezeki untuk hari itu.Malam tu plak sambung lagi hantar ikan pekasam.Terus licin stock pekasam aku.Alhamdulillah..

1 comment:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)