Followers

Friday, November 11, 2016

Collect hadiah contest

Isnin haritu kan aku "cuti", gerak balik dari Behrang terus exit Kota Damansara, sebab dah plan kan nak collect hadiah kat Contest Suara Viral Safi Raniaku tu.Excited taw aku nak pegi collect hamper Safi Rania bernilai RM300 tu, berbunga2 rasa hati.Orang lain dah biasa dah menang2 contest ni, aku baru menang hamper RM300 dah lompat bintang dah.Well, aku ni hamba Allah yang sentiasa bersyukur..cewahhhh...

Tak susah pon nak cari tempat collect hadiah tu, sampai2 je terus naik tingkat 8, pastu tersilap masuk opis lain, turun tingkat bawah balik, tanya guard, pastu naik balik tingkat 8, rupanya sebelah tu je.Tak perasan plak aku masa mula2 tu.huhuhuu..


Sampai je opis tu, dah nampak dah hamper safi rania tu, nampak macam tinggal satu je, maybe pemenang yang lain dah datang ambil kot, kira aku lah yang last agaknya..huhuhuu..Tak banyak conversation pon, sebab incharge tu cuti masa tu, so amik hamper terus blah camtu je.Tak sabar nak tunjuk kat Abi, dia tunggu dalam kereta je, sebab dak Iqy tidur.huhuhu..

Masuk dalam kereta, Abi pon terkejut tengok hamper aku yang penuh dan banyak dengan produk Safi Rania, dia expect 2, 3 item je dalam hamper tu, sekali tengok wahhhh semua koleksi rangkaian skin care Safi Rania Gold ada.Besttttnyaaa...


Selfie sikit dengan hamper ni, buat kenang-kenangan, sayang weyyy nak guna, aku nak biar jadi hiasan selama sebulan dulu, pastu baru aku bukak dan guna kesemua set tu.Sementara tu bolehlah habiskan set skincare yang sedia ada sekarang ni.Pastu nak try Safi Rania Gold plak.wahhhh tazabarrr tapi dalam masa yang sama, sayangggggnya nak guna.

6 comments:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)