Followers

Thursday, November 10, 2016

Rutin harian


Saja lah nak share jadual harian aku setiap hari sebagai seorang mak anak satu, seorang isteri dan seorang kerani cabok ni,manalah tau bila dah jadi surirumah nanti, rindu plak dengan jadual harian waktu bekerja dulu.

 Jadual harian aku bermula seawal pukul 5pagi, kebiasaanya kalau Abi kerja shift pagi, memang dia akan bangun sekitar waktu tu,sebab dia start kerja pukul 6pg, awal kan.Tapi yang bestnya tengahari dah balik, kalau takde ot.Untonglahhh kan.Biasanya lepas Abi pergi kerja, lepas subuh aku akan tidur balik sampai pukul 7.40am camtu, baru bangun dan bersiap nak pergi kerja.

Beg baju Iqy aku akan prepare siap2 malam sebelum tidur, so pagi bangun terus hantar dia pergi rumah pengasuh sebelum pergi kerja.Baju untuk pergi kerja pun aku dah siap gosok malamnya.Pagi2 memang masa diperuntukkan untuk mandi dan bersiap je dengan bancuh susu Iqy,dia bangun tidur mesti nak susu punya.Tu pon kadang2 terlambat, sebab suka ngelat bangun bila alarm bunyi.Mujur opis dekat dengan rumah, 7minit je dah sampai, tu pon sampai ngam2 pukul 8.30, kadang2 je lambat 5,10 minit, nasib kau lahh labu.hahahaha..

Teringat zaman Dak Iqy baby dulu, masa dia still makan bubur lagi, bangun subuh tu terus tak tidur, masak bubur utk bekalan Dak Iqy, rasa mithali sangat time tu, boleh plak aku bangun awal, tapi bila Dak Iqy dah besar ni, pengasuh yang masakkan, tu pon aku liat nak bangun awal, boleh sambung tidur lagi..Itu pon tak reti bersyukur lagi ke Nory oiii..Insafff sekejap..huhu..Anak dah makin besar dah makin banyak urusan diringankan, kalau dulu nak kena berdukung bagai turun tangga dengan beg segala.Sekarang Dak Iqy pon dah pandai jalan dan turun naik tangga sendiri, senang sikit kerja.Cuma kalau abah dia shift petang, memang dia suruh abah dia dukung lah.Dia tau kalau mintak mama dukung, mesti 100 ribu alasan mama bagi.Hahahah.Abah tak banyak bunyi, bolehlaaa kau kan..huhhh!!

Tengahari plak time lunch biasanya aku akan balik rumah mak aku, yang jaraknya jauh lebih dekat dari rumah aku, lunch kat rumah mak je.Kadang2 je lunch dengan ex-opismate..Tapi lebih banyak balik lunch kat rumah mak laaa, lepas makan boleh lelap kejap..Hishhh mentidooo je keje aku kan.hahahaha

Petang, balik kerja terus ambik Dak Iqy kat rumah pengasuh, kalau Abi kerja pagi, aku terus balik rumah, tapi kalau Abi balik malam, aku lepak rumah mak aku dulu, Dak Iqy tu suka paksa singgah umah nenek dia, sebab dia tau rumah nenek dia ada WIFI, so dia boleh explore youtube macam2, kat rumah takde WIFI terpaksalah dia layan saved video yang ada je.Hahahaha..Bijak betul budak sorang ni.Sabooo jela aku.Sampai nenek dia ugut nak potong line WIFi kat umah..hahahahah..
Kalau balik malam tu, biasanya Dak Iqy dan aku dah siap2 makan malam kat rumah mak, tapaukan untuk Abi sekali, kadang kalau tiba mood rajin nak masak, aku balik lah masak.Biasanya masak simple2 je, sebab dah malam kan, nak makan sekali je pon.Tu yang kadang2 tapau je.Huhuhuuuu..

Sebelah malam plak sebelum tidur, aku akan kemas beg Iqy siap2 untuk bawak pergi rumah pengasuh esok tu, gosok uniform Abi siap2, gosok tudung, baju semua.Mandikan Iqy, bagi dia susu,pastu abah tidurkan dia.Mesin baju, lipat baju, kemas rumah sikit2, pastu baru tidur.Gitulahhh rutin aku hari2..itupon tak cerita hari busy dengan bisnes sampingan, amik order, lari amik stock, pergi COD, cuma tak hari2 lah.Seminggu 2,3 kali je.Kalau ramai yang nak COD terpaksalah demi mencari rejeki kan.Kalau yang order by post senang sikit, sebab semua supplier yang uruskan..Aku amik order je, tapi tulaa sejak kos pos naik harga ni, ramai yang lebih suka COD je.Hurmm.Macam mana lah rutin aku bila dah jadi sururumah nanti ek? huhuhuu..taksabaarrrr plak.


Saje belanja gambar setepek, macam takde kena mengena dengan entry ni tapi inilah antara salah satu rutin harian jugak ni..SELFIE..hahahahah...okbaiiii..

2 comments:

  1. salah satu rutin harian SELFIE tu win Nory...memang rasa macam heiii kuatnya kita sebab boleh buat banyak kerja dalam satu masa.tough gila kita.

    ReplyDelete
  2. Memang respect lah kat wanita yang berkerja ni,macam2 boleh buat..supermum gitu..:D

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)