Followers

Wednesday, November 16, 2016

Pasang sendiri je

Minggu lepas kan aku pergi Ikea dengan mak n kak ipar aku tu,aku ada beli rak Lebberg, lama dah aim rak tu, takdelah mahal sangat, cuma duit aku yang tak berapa nak ramai.hahaha..Kalini pergi Ikea, aku beli jugak akhirnya, pejam mata jelaa, sesekali reward diri sendiri apa salahnya kan.Susah kalau dok termimpi2 je, mandi tak basah, makan je tak hilang selera..hahaha..Alaaa RM69 je, murah bagi korang, tapi bagi aku mahal sangat dah tu..Kau mesti dah ada 80 bijik dah rak ni kat rumah kan, aku baru nak ada seketul ni, tolong lah faham tahap kejakunan aku yang tak bertepi ni.

Okeyy motif utama aku nak sangat beli rak ni sebab aku nak letak kat dapur aku, nak clearkan almari kat dapur tu, nak letak microwave dengan rice cooker kekdahnya, so lapanglah sikit ruang untuk letak barang2 atas almari.Dapur aku tu kecik je, dah kalau segala mak nenek microwave yg besar gedabak tu nak letak atas lemari, tak ke semak kepala.So aku nak alihkan dia jugak.


Tunggu abi nak pasangkan, lambat nau nak tunggu dia cuti, last2 aku pasang sendiri, bukan susah mana pon, time ni lah nak tunjuk skill bekas pelajar Kemahiran Hidup bersepadu.Aku dulu tak amik Ekonomi Rumah Tangga taw, tapi aku amik pertukangan dan automotif (betul ke tak namanya), haaa nampak je ayu persis Neelofa, tapi gagah perkasa lengan sado berurat2 okey..Okey tu tipuu...ahahahahaha


Taraaaa dah siap pasang dah, elok siap je, dak Iqy terus susun mainan dia atas rak tu, amboiiii sesuka hati ko je kannn.Sila beli rak lain okey..hehehehhe..Okeylaahh baiii nak deco2 rak baru ai kejap..Eksaitedd kemain ni, tolonglah faham.

5 comments:

  1. fuh berangan jugak tu nak beli seketul letak kat rumah.asal tengok ps ikea kelantan terus rambang mata nak beli semua pastu xley decide nak beli mana dulu sudahnya x order pun

    ReplyDelete
  2. jimat ruang dh kt almari dapur kalau ada rak gini. bagi idea jugak la mila pun tak tau nak letak oven kat mana.boleh cari jugak yg hat murah je.Ikea jauh nak pegi hehe...

    ReplyDelete
  3. haiihh kalau dkt mau juga yui beli ni..huhu

    ReplyDelete
  4. kita pun pantang g ikea mesti beli.. hahahah

    ReplyDelete
  5. eh2 sama, tp zie punya murah sikit yg RM39.90, jadi la nak letak barang kat situ kemas sikit

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)