Followers

Saturday, July 27, 2013

Resipi Murtabak Meggi Paling Simple



Bulan-bulan puasa ni, mesti tiap hari pening nak masak juadah apa time berbuka nanti kan.Dan kalau spesis macam aku, kalau dah pening-pening taktaw nak masak apa, jawapannya ke bazar jela..Tapi kalau pergi bazar pon, aku beli yang aku dah taw tahap kesedapan dia je, sebab yang menjual kat bazar tu peniaga yang sama je tetiap tahun, so, senang nak cam mana makanan yang boleh dibeli dan sedap..

Macam aku laki bini plak, jenis yang lapar tengah-tengah malam,walaupon time berbuka dah tibai makan macam2, tengah2 malam mesti selongkar dapur cari makanan lagi..hahaha..Abi lahh ni.Time Abi selongkar-selongkar dapur, dia nampak ada meggi terus dia cakap nak buat murtabak meggi, aku pon syiotttt amik kamera nak snap2, cehh bukan nak nolong, nolong tgkap gambar plak dia kan..hehehe..

Bahan-bahan guna apa yang ada je, atau erti kata lain, nak perabih stok-stok bahan makanan yang ada..heeheh...Ok meh tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.:


Meggi Kari - 2 bungkus
Telur - 2 biji
Bawang merah - 2 ulas
Bawang putih - 2 ulas
Daging burger - 2 keping ( hancurkan/potong dadu)
Kicap manis (masin pon boleh)
Cheese - 1 keping (tak letak pun takpe)
Sos Cili

Cara-cara nya :



1. Hiris bawang putih dan bawang merah.


2. Rendam Meggi sampai kembang (lagi kembang lagi bagus)- tapi ikut selera masing2 lah.


3. Daging Burger dipotong dadu ataupon hancur2 kan.


4. Panaskan minyak


5. Sementara tunggu minyak panas, gaulkan meggi yang dah kembang tadi dengan perencah megi kari.


6.Tumis bawang putih dan merah bersama daging burger tadi.


7. Pecahkan 2 biji telur dalam Meggi yang digaulkan dengan perencah tadi tu.


8. Gaulkan bagi dia mesra antara telur dengan meggi tadi tu.


9.Jangan lupa kicapp,aku guna kicap cap jalen botol merah ni..


10.Gaulkan daging dan bawang tadi dengan kicap.


11.Pastu angkat daging yang dah digoreng dengan bawang tadi masukkan dalam bekas meggi tadi.Gaulkan sebati juga..



12.Panaskan minyak, jaga api yer...Jangan besarr sangat api nya.


13.Tuang je semua bahan-bahan yang dah digaul sebati tadi ke dalam kuali.Penyekkan macam dalam gambar diatas gune belakang sudip.


14. Kalau pro macam Abi, bolehlah try lambung2 guna kuali tu..Aku pernah buat, terpelantinggg kuali ke mana, telur kemana..hahahahah..So, terpaksa mengalah, Abi je yang teror..heheh



Dah siapppppp!!!!! Boleh makan dengan sos, nak lagii sedap letak cheese kat atas tu pastu sumbat dalam oven..perghhhh lagi sedapppp...


Taraaaaa!!!Selamat mencuba..



14 comments:

  1. sgt menggoda la murtabak maggie noury tu...

    ReplyDelete
  2. aisey..
    ni yg x tahan tgk ni kalau megi..
    thn depan boleh bukak bazaar dh ni kak..
    hehe..

    ReplyDelete
  3. idea simple...kekadang x der idea nak sahur yang ringan camneh pon ok...huhuhuhh!!!

    ReplyDelete
  4. garing lagi nampak sedap la nory.. tp alise suka megi nye keras2 sikit.. krup2 bunyi.. hehhe

    ReplyDelete
  5. oh my! terliurnyaaaaa... ni rasa nak buat malam karang ni, tak lama tak buat.. huaaaaaaaaa selalu buat, jd masin.. hahahahaha

    ReplyDelete
  6. Wah nampak sedap.. simple je kan...Erin pun try buat hari tu..memang sedap, ringkas dan cepat..Nory lepas ni try murtabak meegy buh kerang plak.. hehe

    ReplyDelete
  7. aiseh..sedapnya Nory..nanti kita try ek..ehehe

    ReplyDelete
  8. terliur akak tgok nory...biasa adik akak buat xde letak daging...lain org lain cara kan...thanks for sharing dear...

    ReplyDelete
  9. ok skrg yaya mengidam, zulll sila buatttt

    ReplyDelete
  10. suka jugak buat mertabak maggie ni super duper sempoi lg simple.. elur lebih hahahaha ... anak akak pun suka...

    ReplyDelete
  11. boleh try nih nory...akak tgk pun meleleh

    ReplyDelete
  12. hihihi..kuali ke mana megi keman ye kak.. :D pernah sekali kot bt..sedapppp..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)