Followers
Tuesday, August 30, 2016
9 tahun bercinta
Monday, August 29, 2016
Pakej Homestay + Van + Driver Termurah di Kuching,Sarawak
Ruang Tamu |
Bilik utama ada aircond |
Bilik kedua |
Ada meja makan, dan ruang dapur untuk memasak. |
Bilik tidur ketiga , katil single tapi tilam tambahan ada disediakan. |
Inilah van yang berkhidmat dengan kami sepanjang 3 hari 2 malam kami kat Kuching ni.Tapi gambar Abang Malik pemandu van kitorang tu aku lupa nak ambik gambar.Ralit sangat bersembang sampai lupa nak amik gambar dia, Abang Malik ni peramah dan sangat menyenangkan kami sekeluarga.Cara dia bersembang, cara layanan dia memang terbaik, cakap je nak pergi mana, dia boleh bawak dan suggestkan tempat-tempat menarik.Orangnya sangat disiplin dengan masa, tengah2 malam terasa lapar, aku wassap dia suruh datang ambil kitorang, tak sampai 5 minit dia dah sampai depan homestay kitorang.Kitorang plak yang kelam kabut tak pakai tudung lagi lah, nak mekap lagi lah..hahahahaha..Macam tu jugak waktu pagi nak pergi sarapan, selepas subuh dia dah ada kat depan rumah dah ready nak hangkut kitorang pergi sarapan, siap belanja kitorang lagi..Alahaiii susah taw nak jumpa orang macam abang Malik ni.Nampak keikhlasan dia bawak kitorang jalan merata..Puas hati bebbb..
Pakej ni disediakan juga itinerary perjalanan, dimana kite sendiri boleh pilih nak pergi ke tidak destinasi tu tanpa perlu terikat dengan jadual perjalanan, disebabkan kami ni terdiri daripada keluarga yang mempunyai anak-anak kecil, jadi kami pilih destinasi yang bersesuaian sahaja,tak ikut sangat itinerary, kalau korang nak ikut,silakan, takde masalah..Tapi kalau korang nak pergi mana-mana,nak singgah situ ke, sini ke suka hati, just cakap je dengan driver tu, dia takkan bagi alasan..Kalau nasib korang baik, dapat driver Encik Malik ni, lagi sennag nak kawtimm..
Encik Malik tu bukan sekadar driver kitorang je, tapi dia jugaklah photographer rasmi kitorang sekeluarga, semua tempat dia yang beria-ia suruh kita bergambar ramai-ramai, sweet sangat Encik Malik ni.Kalau ada rezeki kami sekeluarga nak jumpa Encik Malik ni.Kalau Encik Malik terbaca entry ni, haiiiiii Encik Malik!! mehlah datang Semenanjung, kitorang bawak pusing-pusing KL pulak..heheheheh...
Kalau korang berminat nak booked pakej ni, boleh direct contact Encik Mohamad (016-857 3030), kalau nak driver Encik Malik, korang request lah dengan Encik Mohammad ni, boss dia pon sama sporting macam Encik malik..Seronok taw bekerjasama dengan orang baik-baik dan mesra pelanggan ni.Email pon boleh, email ke mymohamad@gmail.com.
P/S: Korang kalau jumpa Encik Malik, sampaikan salam yer...Cakap Nory n Family kirim salam taw taw... taw...Ntah dia ingat lagi ke tak?hekhekhekhek
Friday, August 26, 2016
Breakfirst dua beranak on weekend
Thursday, August 25, 2016
Abah, tengok mama tu!!
Wednesday, August 24, 2016
21 August
21 August hari Ahad haritu adalah hari jadi Abi yang ke 34 tahun..Eh dah tua rupanya Asben kite ni.Nape rasa macam baru 24 tahun je..Ehhh ehh ehh..
Takde celebrate apa pon, maklumlah tengah bulan, tu je la ayat cliche org bergaji kecik macam aku ni..hukhukhuk..Tengah bulan memang sangat menduga.mueheheheheh...Tapi hidup tetap perlu diteruskan.Abi plak kerja pada hari kejadian dia tu, cadangnya nak beli kek kecik untuk seperaiskan Abi time dia balik kerja nanti, tetiba jiran sebelah a.k.a mak lang aku ketuk pintu hantar kek indulgence Secret recipe..Kebetulan paklang aku punya besday selang sehari sebelum besday Abi, rumah bersebelahan tarikh lahir pon bersebelahan.hikhikhikhik..Nak dijadikan cerita, aku pon tak jadi lah keluar beli kek, guna je kek yang maklang aku bagi tadi tu..Ala buat syarat je kan.
Nak hilangkan rasa ralat tak dapat belikan kek untuk Abi, aku ajaklah Abi dinner kecil-kecilan malam tu, aku memang tak masak pon haritu, makan luar lah weolls sempena besday Abi.Tak dapat belanja mewah2, dapat belanja Abi makan nasi dengan sup tulang feberet dia je..Oklah tu kan..Janji ada jugakk..
Happy birthday My Soulmate, makin bertambah usia ni makan bertambah kasih dan cinta syg kat abang.chia chia chia..Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat, diperluaskan pintu rezeki, diberi kesihatan yang baik, dan semoga terus menerus menjadi suami dan abah terbaik buat keluarga kecil kita.Aminnnn...
Tuesday, August 23, 2016
Dalam dilema
Seperti yang sedia maklum, aku kan baru je dapat kerja baru pertengahan bulan puasa haritu.Alhamdulillah dah 2 bulan lebih aku kerja situ, sekejap je kann.Bagi aku, kerja situ okey cuma agak bosan sikit maybe sebab kerja tak banyak, tapi aku okey je.Boleh terima lagi lah keadaan macam tu, tapi entahlah hati ni macam ada je tak puas hati, rasa kurang selesa lagi.Taktaw nak cakap camne situasi dia..
Ikutkan aku ni, memang takde hati nak kerja lagi, aku nak jadi suri rumah, nak ada bisnes sampingan,tapi tu lahh, kite ni merancang je.Tapi skill , teknik dan modal tak kukuh lagi.Nak bisnes kena ada modal, kena ada skill, kena ada teknik.Aku manelah retiii..So nak taknak aku kena kerja makan gaji jugak, entahlahh maybe aku tak suka kerja bawah orang kot kann..Bukan kata berlagak ke hape, tapi ntahlah taktaw nak cerita camne.
Tempat kerja sekarang ni, ada satu masalah yang buat aku semakin tawar hati, masalah gaji lambat.Biasalah swasta tak macam kerajaan 23,24 dah dapat gaji..Macam swasta paling awal pon 28, paling lewat pon sebelum 5hb..Okey ko cuba tanya bape haribulan pulak gaji aku masuk??
9haribulan okeyy...Tu pon tak tetap, ikut suka hati dia nak masuk bila, kalau awal, 2hb dah masuk katanya.Paling lambat 11hb...hoiiiii gila ke? Due date bayar kereta pon 5hb je weyy..Tu pon nasib baik Abi bayar kan..Macam aku biasa bayar duit pengasuh 1hb..Tak seronok plak bayar lambat kan.Dahulukan duit Abi dulu, hutang lain plak tertangguh kang. Masalah2 kecik camni pon boleh mempengaruhi mood nak bekerja taw, dari seronok jadi tak seronok, jadi tawar hati.Aku kalau seronok dengan kerja, aku jenis yang susah nak cuti or MC, tapi bila aku dah start Cuti emergency start MC tu maknanya aku dah tawar hati dengan kerja tu lah tu.
Korang yang jadi suri rumah mehlah share bisnes apa korang buat ? Tak kisah lah bisnes kecik ke bisnes besar...Boleh aku jadikan korang sumber inspirasi aku utk berhenti kerja terus...
Monday, August 22, 2016
Sembang Hari Jumaat
Saje je nak ajak kome sume sembang kosong dihari Isnin yang bluesss ni.So,acaner weekend? Besttt?Minggu ni abi kerja, tinggal berdua jela aku dengan dak Iqy.Macam biasa lah, kalau bosan2 aku hangkut dia pergi Tesco, biasanya dia yang akan ajak aku, nak taknak aku terpaksa lah turutkan, kang dia start buat onar kang, aku plak yang naik hijau..Yela kadang kesian jugak terperuk je kat rumah kan, sekali sekali keluar dating berdua ok jugak.Ekceli Dak Iqy tu lebih behave kalau abah dia takde, kalau keluar berdua je dengan aku,okey je dia, dengar je cakap aku, kalau abah dia ada, hurrmmmmm ko rasa?Mesti korang pon boleh agak camne peel dia..huhuhu..
Eh tajuk sembang pasal hari jumaat, tapi macam dah lebih citer pasal weekend plak kan.hahahha..Aku kalau tak merapu, memang tak sah.Hari jumaat haritu, time lunch aku makan meggi cup je.Biasanya aku okey je boleh tahan, sampai esok pon okey kalau tak makan nasi.Tapi hari jumaat tu lain macam, aku punya tahap lapar tu lain machemmm sangat, pukul 4 petang masa kat opis aku dah start gelisah semacam, mulut macam nak something untuk dimakan, time2 tu lah terbayang semua makanan yang sedap..hoiiii ko dah kenapa Nory..Tiba-tiba sangat taw..Tangan rasa terketar2 tahan lapar, apa ke terukkknya entahlaaa..
Sampai aku hilang fokus nak buat kerja, aku online buka blog resipi2 je, masa tu lah teringin nak makan puding karamel, masa tu lah terbayang puding custard, brownies coklat lah...heishhhh mengundang sangat taw.Taktaw kenapa??
Time balik kerja, amik Dak Iqy kat umah pengasuh terus balik, ingatkan nak singgah kedai beli bahan nak buat puding custard kononnya, tapi malas pulak tetiba sebab rasa macam tak larat..Terus whatsapp Abi, kebetulan dia dalam perjalanan balik kerja,suruh dia singgah pasar malam belikan Nasi Ayam Berempah dengan Leher Ayam.Berpeluh2 tunggu Abi sampai rumah..Abi sampai je terus capai makanan dulu takdan nak sambut dan salam bagai.hahahaahha..Ya Allah, nikmatnya dapat makan nasi.Hilang semua nafsu nak makan puding,brownies segala tu..Hoiii nafsuu je semua tu taw, dapat nasi sebungkus, kenyang dah..Alhamdullilah..
Friday, August 19, 2016
Party kecil-kecilan sempena birthday Dak Iqy ke-2 tahun
Birthday Iqy yang kedua tahun ni 17 March 2016 jatuh pada hari Khamis, kitorang ada masalah sikit dalam pemilihan tarikh, sebab tarikh yang paling dekat pon abah Iqy kena kerja, last minit planning, dengan kata sepakat kitorang pilih 12hb mac.Majlis terpaksa diawalkan atas sebab2 tertentu lah.Aku buat kecil kecilan je kalini, buat pon hari jumaat malam, tetamu pon kebanyakannya bekerja, so lepas balik kerja baru dorang datang.Tu pon aku jemput yang dekat2 je, jadiklah buat syarat kan.Asal buat..
Giler lah planning last minit, kurang seminggu dari tarikh tu lah nak tempah kek bagai, nasib baik kedai kek Chocolate Mansion tu terima order last minit,tu pon tak banyak pilihan, aku pilih tema Robocar Poli , Iqy kan minat Poli.Tapi sekarang dia dah minat Spiderman pulakk..so tahun depan dah taw lah kan tema apa?hahahaah InsyaAllah akan diusahakan.
Sempat jugaklah order pavlova n brownies kedut dari Safurara, lama dah aku ngidam nak rasa pavlova dia, sanggup aku redah Puchong ke Ampang utk ambik pavlova n brownies tu.Memang sedappp uolss sampai tak sempat tangkap gambar..Adalah gambar sipi2 kat atas meja tu, nampak tak nampak tak?hehehehe..
Kuih muih plak mintak tolong mak orderkan dengan jiran, nasib baik dia terima tempahan last minit kauuuu..phewwww...Memang kerja giler betul lah.Kelam kabut..Nasib baik majlis berjalan lancar jugak akhirnya.Menu2 berat mujur Abi yang masak sendiri, so takde lah kelam kabut sangat, Abi ai is cekappp okey.Korang kalau nak tempah makanan goreng2, laksa ke mee kari ke boleh lah tempah kat weolls, tapi untuk small party jelaa, kenduri besar2 kitorang tak berani lagi nak amik order..Takat untuk 100-200 orang tetamu insyaAllah boleh..Laksa abi kite sedapppp taw..
Kalau tahun lepas aku ada assistant tolong deco2, tenkiuuu Ida..tapi tahun ni aku keseorangan deco2 segala, tampal belon tiup belon semua sendiri..Ala kadar jelah yer nak, mama ade 2 tangan je..Abi masak kat dapur, aku deco belon sana sini.Mujur Iqy aku hantar umah babysitter, kalau tak mau pecah2 belon aku. Hehehe..Tak nampak pon belon??Belon2 sume aku dah masukkan kat dalam playroom Iqy, sebab semakkk org nak duduk pon tak boleh..hahahaah...So biar bebudak main belon kat playroom je..hehee
Antara tetamu2 yang hadir, tenkiuuu yaya, bunga, syafiq,ida n Andi..Yang tak dapat datang tu takpe, kite faham.Yang tak dijemput plak kite mintak maaf sangat2, kite jemput yang dekat2 je, plus buat kecil2an je kann..huhhhuuuu...Next time maybe..
Acara potong kek, dak Iqy masa ni sibuk nak amik car kat atas kek tu, hampir2 bersepai kek tu tau tak..Sabooo jela aku.Tercengang dia bila semua dok nyanyi lagu happy birthday, malu2 kucing plak..cehhhh..
Majlis habis sekitar jam 12 tgh malam ke lebih tak ingat dah.Bila tetamu dah balik, malam tu jugak kitorang berkemas segala periuk belanga dan kemas rumah, memang tiap kali buat makan2, kitorang tak pernah tinggal esok baru kemas, mesti malam tu jugak kasi setel, ko tau jelaa aku punya perangai kan suka bila bangun tido pagi2 tak suka tengok rumah sepah2,so aku sanggup tak tido malam kemas rumah,hahaahhaha..lagipon esok tu pagi2 dah nak pergi Gold Coast,Morib untuk birthday trip dak Iqy.Doakan mama murah rezeki semoga birthday ketiga Iqy nanti mama boleh hadiahkan Iqy birthday trip ke Korea plak..hahahahah..aminnnn amiiinnn aminnn..entry Gold Coast Morib ni aku dah update haritu, entry birthday ni je lupa nak update..heheeheh
Thursday, August 18, 2016
Nak bebel pasal lampin pakai buang
Wednesday, August 17, 2016
Genap 29 bulan harini
Harini genap usia dak Iqy yang ke 29 bulan bersamaan 2 tahun 5 bulan.Makin besar makin banyak cekadak, suka buat onar tapi pandai ambil hati orang.Kalau merajuk sebijik macam mama (abah dia yang cakap).hahahaha..Suka merajuk dengan abah je, sebab dia tahu kalau merajuk dengan mama tak beri kesan apa2, tiada respon.kahkahkahkah..Sorry, mama malas layan ko punya rajuk, sebab mama pon ada rajuk sendiri, dan tukang pujuk adalah orang yang sama.hahahahah..
Dah makin banyak bercakap, dan sekarang ni suka sangat bertanya,kenapa? Siapa? Eh sume dia nak tahu, penat nak karang jawapan taw tak.Aku suka part dia merayu nak kan sesuatu,contohnya "mama, nak air" alahaiiii cair hati dengar weyyy..Romantik je..abah pon tak romantik cmtu..hikhikhik..Pastu kalau balik dari rumah pengasuh mesti ajak aku singgah rumah nenek, ayat dia yang best " mama, nak nenek" mendayu2 intonasi dia tu, dia macam ayat bertanya taw.Kalau aku jawab tak boleh, mesti dia " alaaaa, nak nenek"..dan kalau ko tak singgah, sampai ke rumah lah dia bantai melalak.grrrrr..
Sekarang ni dalam fasa baru, dimana aku sedang mengalami moment2 indah dengan keterujaan dengar anak bercakap, kadang2 ayat yang keluar dari mulut dia tu lucu sangat.Pelat2 dia..Alahaiii..besar dah anak mama..dah pandai cakap dah.Dah pandai melawan pon ye jugak..Haishhh..tu yang kadang rasa nak jadi hijau je tu..Kadang tengah drive, dia sibuk tanya itu tanya ini,kalau kena dengan mood baik aku layanlah, tiba tengah serabut nak cepat , aku terpaksa sound die suruh diam.Bila dia diam, sunyi plak , aku plak ajak dia sembang lagi..hekhekhekhek..
Tapi sejak dua menjak ni, selera makan dia dah berkurang sikit,risau jugak aku, kadang leka main sampai taknak makan, sampai aku naik hangin plak, risau tengok badan dah makin susut, susu pon haritu macam kurang minum, sekarang ni baru nak demand balik,kalau makan kena ikut selera dia, biasalah dia kalau tak pedas takmo makan,nak tengok dia makan lebih sikit, kenalah ada pedas baru nak makan, tu pon ikut mood, kalau sibuk nak main je, 2, 3 suap dah geleng kepala taknak dah.Hurmmmm...
Tuesday, August 16, 2016
Balik kampung borong cempedak rambutan2
sape lagi nak buli abah dia kan??? |
Laiiii laiii Dua singgit, dua singgit!!! |
Monday, August 15, 2016
Menangis tatap resit
Total semua RM84.20 |
Friday, August 12, 2016
Kenduri Durian = Kendurian
Thursday, August 11, 2016
Tak berharap sangat
Wednesday, August 10, 2016
Buah tangan dari mertua
Monday, August 8, 2016
Bila mood memasak sudah mariiii
Seronok betul cuti dua hari duduk rumah santai je, walaupon duduk rumah lagi penat dari pergi bekerja, tapi aku suka sebab aku sendiri yg suka penatkan diri sendiri, kemas itu kemas ini, nak kata rajin tu taklahhh, tapi jenis memang suka menyusun atur ni.Suka tengok benda2 tersusun kemas, walau pon 40 juta kali berkemas sebab ada sorang tukang sepah kat rumah tu kann..takpeee ai is redha..
Cerita bab memasak, tktawlah kenapa sejak dua menjak ni rajin nau nau nau memasak.Mungkinkah sebab guna pinggan baru, hahahaha tkde kena mengena langsung sebab mood rajin tetiba ni, wujud sebelum tu lagi, sebelum adanya pinggan baru lagi..hahahahaha poyoo sangat.
Hari sabtu haritu, aku masak tomyam je, mulanya taktaw nak masak apa, godek2 fridge tgk ada bahan2, so buatlah tomyam ayam simple..campak2 siapp..
Hari Ahad plak, kebetulan malam tu sengaja tanya Abi nak makan apa, biasanya dia mintak menu simple je takpon apa2 jelaaa.Tapi disebabkan ada kepala ikan tenggiri kat dlm fridge tu, dan2 dia request kari kepala ikan.phewwww kite sambut cabaran tu dengan hati terbuka..cewahhh..
Cuak jugak aku, aku kalau bab masak ikan ni aku cuak sikit..kalau ayam udang sotong aku okey lagi..kalau ko suruh aku siang ikan, mamposss aku tak tahu..kepala ikan tu pon aku dah suruh abi potong dua siap2, siap basuh segala, aku tinggal masuk dalam periuk je.hehehehe...aci takk?
Pung pang pung pang, akhirnya siap jugak kari kepala ikan aku, tak sangka sedappp jugak aku masak...hahahahaa..betul jugak org cakap org yang tak pandai masak ni, sekali dia masak, sedappp ..Ehhh termasuk bakul angkat sndiri plak..aahahahaha..