Followers

Wednesday, August 17, 2016

Genap 29 bulan harini

Harini genap usia dak Iqy yang ke 29 bulan bersamaan 2 tahun 5 bulan.Makin besar makin banyak cekadak, suka buat onar tapi pandai ambil hati orang.Kalau merajuk sebijik macam mama (abah dia yang cakap).hahahaha..Suka merajuk dengan abah je, sebab dia tahu kalau merajuk dengan mama tak beri kesan apa2, tiada respon.kahkahkahkah..Sorry, mama malas layan ko punya rajuk, sebab mama pon ada rajuk sendiri, dan tukang pujuk adalah orang yang sama.hahahahah..

Dah makin banyak bercakap, dan sekarang ni suka sangat bertanya,kenapa? Siapa? Eh sume dia nak tahu, penat nak karang jawapan taw tak.Aku suka part dia merayu nak kan sesuatu,contohnya "mama, nak air" alahaiiii cair hati dengar weyyy..Romantik je..abah pon tak romantik cmtu..hikhikhik..Pastu kalau balik dari rumah pengasuh mesti ajak aku singgah rumah nenek, ayat dia yang best " mama, nak nenek" mendayu2 intonasi dia tu, dia macam ayat bertanya taw.Kalau aku jawab tak boleh, mesti dia " alaaaa, nak nenek"..dan kalau ko tak singgah, sampai ke rumah lah dia bantai melalak.grrrrr..

Sekarang ni dalam fasa baru, dimana aku sedang mengalami moment2 indah dengan keterujaan dengar anak bercakap, kadang2 ayat yang keluar dari mulut dia tu lucu sangat.Pelat2 dia..Alahaiii..besar dah anak mama..dah pandai cakap dah.Dah pandai melawan pon ye jugak..Haishhh..tu yang kadang rasa nak jadi hijau je tu..Kadang tengah drive, dia sibuk tanya itu tanya ini,kalau kena dengan mood baik aku layanlah, tiba tengah serabut nak cepat , aku terpaksa sound die suruh diam.Bila dia diam, sunyi plak , aku plak  ajak dia sembang lagi..hekhekhekhek..

Tapi sejak dua menjak ni, selera makan dia dah berkurang sikit,risau jugak aku, kadang leka main sampai taknak makan, sampai aku naik hangin plak, risau tengok badan dah makin susut, susu pon haritu macam kurang minum, sekarang ni baru nak demand balik,kalau makan kena ikut selera dia, biasalah dia kalau tak pedas takmo makan,nak tengok dia makan lebih sikit, kenalah ada pedas baru nak makan, tu pon ikut mood, kalau sibuk nak main je, 2, 3 suap dah geleng kepala taknak dah.Hurmmmm...

3 comments:

  1. singgah pagi...
    semoga menjadi anak yang soleh didunia dan akhirat..Amin...

    ReplyDelete
  2. Sekejap je dah besar kan..sure Nory rasa macam baru je semalam bersalin..hehehe

    Akak rasa macam tu gak bila Dania dah besar jadi anak dara...

    ReplyDelete
  3. ok. baru faham skrg utk anak 29 bulan mcm ni perangai. heheh..

    harini bc parenting ja.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)