Followers

Monday, August 29, 2016

Pakej Homestay + Van + Driver Termurah di Kuching,Sarawak

   
Since ramai yang email dan PM aku tanya pasal contact Pakej Homestay & Van  aku masa bercuti kat Kuching,Sarawak 2 tahun lepas, aku rasa bersalah sangat sebab lambat nau hapdet pasal entry ni, aku dah janji kan dulu nak kongsikan kat entry khas, tapi aku lupa beb, kekangan masa yang tak mengizinkan pun satu, dia nak mengarang entry ni kena ada feel, kalau tak feel, terkulat-kulat aku depan PC ni.Ni pon aku cuba gagahkan diri untuk menaip entry khas ni, sila sayang aku lebih..hehehehe..Belanja kek lapis Sarawak satu pon okey dah..hahahhaahha..

Aku bercuti kat Kuching, Sarawak ni pada 2-4 November 2014, haaa tengok bebetul tu tahun bila..2014 okey?Berapa abad dah aku peram cerita ni.Hahahahahah..Mujur aku rajin makan kismis, tu pasal daya ingayan aku masih kuat lagi..kehkehkehkeh..Ada yang email aku, aku bukan taknak reply, sometime tu aku dah baca, pastu aku puas dok cari contact owner ni, last-last terus lupa nak reply, sorrryyy taw.Dan sekarang aku dah berjaya jugak jumpa contact owner pakej ni.Ni semua kes tukar henpon semua contact lesap lah ni..Dushh..dush ..dush salahkan diri sendiri.

Untuk percutian aku seramai 11 orang (7 Dewasa 2 kanak-kanak 2 baby) aku ambil pakej Homestay + Van + Driver.Senang sekali harung, boleh bawak sekali kesebelas orang yang ada.Dan kitorang memang plan nak pergi bercuti ni takmo drive sendiri, so kitorang nak ada driver yang boleh bawak kitorang semua kesana dan kemari.


Aku beruntung dapat jumpa dengan Encik Mohamad yang menawarkan aku pakej yang murah dan kena dengan bajet kami semua.Dengan harga RM1500 kami dapat Homestay 3 bilik + Van + Pemandu.Tu gambar dari luar homestay yang kami menginap selama 3 hari 2 malam.Sangat puas hati sebab rumahnya luas, bersih, ada dapur boleh memasak, ruang tamu siap TV, bilik utama ada aircond, dan tilam tambahan pun disediakan.TAPI tu harga 2 tahun lepas yer anak-anak, jangan blame aku kalau harga sekarang dah tak sama, kalau masih sama lagi, alhamdulillah rezeki korang, kalau dapat lagi murah, lagi bagus kan.Hebat korang tawar menawar.

Ruang Tamu

Bilik utama ada aircond

Bilik kedua

Ada meja makan, dan ruang dapur untuk memasak.

Bilik tidur ketiga , katil single tapi tilam tambahan ada disediakan.


Inilah van yang berkhidmat dengan kami sepanjang 3 hari 2 malam kami kat Kuching ni.Tapi gambar Abang Malik pemandu van kitorang tu aku lupa nak ambik gambar.Ralit sangat bersembang sampai lupa nak amik gambar dia, Abang Malik ni peramah dan sangat menyenangkan kami sekeluarga.Cara dia bersembang, cara layanan dia memang terbaik, cakap je nak pergi mana, dia boleh bawak dan suggestkan tempat-tempat menarik.Orangnya sangat disiplin dengan masa, tengah2 malam terasa lapar, aku wassap dia suruh datang ambil kitorang, tak sampai 5 minit dia dah sampai depan homestay kitorang.Kitorang plak yang kelam kabut tak pakai tudung lagi lah, nak mekap lagi lah..hahahahaha..Macam tu jugak waktu pagi nak pergi sarapan, selepas subuh dia dah ada kat depan rumah dah ready nak hangkut kitorang pergi sarapan, siap belanja kitorang lagi..Alahaiii susah taw nak jumpa orang macam abang Malik ni.Nampak keikhlasan dia bawak kitorang jalan merata..Puas hati bebbb..

Pakej ni disediakan juga itinerary perjalanan, dimana kite sendiri boleh pilih nak pergi ke tidak destinasi tu tanpa perlu terikat dengan jadual perjalanan, disebabkan kami ni terdiri daripada keluarga yang mempunyai anak-anak kecil, jadi kami pilih destinasi yang bersesuaian sahaja,tak ikut sangat itinerary, kalau korang nak ikut,silakan, takde masalah..Tapi kalau korang nak pergi mana-mana,nak singgah situ ke, sini ke suka hati, just cakap je dengan driver tu, dia takkan bagi alasan..Kalau nasib korang baik, dapat driver Encik Malik ni, lagi sennag nak kawtimm..



Encik Malik tu bukan sekadar driver kitorang je, tapi dia jugaklah photographer rasmi kitorang sekeluarga, semua tempat dia yang beria-ia suruh kita bergambar ramai-ramai, sweet sangat Encik Malik ni.Kalau ada rezeki kami sekeluarga nak jumpa Encik Malik ni.Kalau Encik Malik terbaca entry ni, haiiiiii Encik Malik!! mehlah datang Semenanjung, kitorang bawak pusing-pusing KL pulak..heheheheh...



Kalau korang berminat nak booked pakej ni, boleh direct contact Encik Mohamad (016-857 3030), kalau nak driver Encik Malik, korang request lah dengan Encik Mohammad ni, boss dia pon sama sporting macam Encik malik..Seronok taw bekerjasama dengan orang baik-baik dan mesra pelanggan ni.Email pon boleh, email ke mymohamad@gmail.com.

P/S: Korang kalau jumpa Encik Malik, sampaikan salam yer...Cakap Nory n Family kirim salam taw         taw... taw...Ntah dia ingat lagi ke tak?hekhekhekhek

Detail:
Pakej Homestay + Van + Driver Paaaaaling Murah dan Terbaikkkk @ Kuching

Encik Mohamad
016-857 3030

Email:
mymohamad@gmail.com

6 comments:

  1. nory nanti update tempt persingghn KT kuching.shopping ke tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dah hapdet dah milo....yang ni je tertinggal nak hapdet...boleh ushar kat lable "Kuching"...hehehehe

      Delete
  2. wow menarik ni.. nanti kalo nak travel bole try.. Thanks for the info..

    ReplyDelete
  3. Bestnya.. Bila la nk merasa jln2 mkn angin gini..

    ReplyDelete
  4. Thanks a lot! Dah boleh plan untuk next coti-coti Malaysia...

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)