Followers

Monday, August 22, 2016

Sembang Hari Jumaat

Saje je nak ajak kome sume sembang kosong dihari Isnin yang bluesss ni.So,acaner weekend? Besttt?Minggu ni abi kerja, tinggal berdua jela aku dengan dak Iqy.Macam biasa lah, kalau bosan2 aku hangkut dia pergi Tesco, biasanya dia yang akan ajak aku, nak taknak aku terpaksa lah turutkan, kang dia start buat onar kang, aku plak yang naik hijau..Yela kadang kesian jugak terperuk je kat rumah kan, sekali sekali keluar dating berdua ok jugak.Ekceli Dak Iqy tu lebih behave kalau abah dia takde, kalau keluar berdua je dengan aku,okey je dia, dengar je cakap aku, kalau abah dia ada, hurrmmmmm ko rasa?Mesti korang pon boleh agak camne peel dia..huhuhu..

Eh tajuk sembang pasal hari jumaat, tapi macam dah lebih citer pasal weekend plak kan.hahahha..Aku kalau tak merapu, memang tak sah.Hari jumaat haritu, time lunch aku makan meggi cup je.Biasanya aku okey je boleh tahan, sampai esok pon okey kalau tak makan nasi.Tapi hari jumaat tu lain macam, aku punya tahap lapar tu lain machemmm sangat, pukul 4 petang masa kat opis aku dah start gelisah semacam, mulut macam nak something untuk dimakan, time2 tu lah terbayang semua makanan yang sedap..hoiiii ko dah kenapa Nory..Tiba-tiba sangat taw..Tangan rasa terketar2 tahan lapar, apa ke terukkknya entahlaaa..

Sampai aku hilang fokus nak buat kerja, aku online buka blog resipi2 je, masa tu lah teringin nak makan puding karamel, masa tu lah terbayang puding custard, brownies coklat lah...heishhhh mengundang sangat taw.Taktaw kenapa??

Time balik kerja, amik Dak Iqy kat umah pengasuh terus balik, ingatkan nak singgah kedai beli bahan nak buat puding custard kononnya, tapi malas pulak tetiba sebab rasa macam tak larat..Terus whatsapp Abi, kebetulan dia dalam perjalanan balik kerja,suruh dia singgah pasar malam belikan Nasi Ayam Berempah dengan Leher Ayam.Berpeluh2 tunggu Abi sampai rumah..Abi sampai je terus capai makanan dulu takdan nak sambut dan salam bagai.hahahaahha..Ya Allah, nikmatnya dapat makan nasi.Hilang semua nafsu nak makan puding,brownies segala tu..Hoiii nafsuu je semua tu taw, dapat nasi sebungkus, kenyang dah..Alhamdullilah..

1 comment:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)