Followers

Tuesday, August 16, 2016

Balik kampung borong cempedak rambutan2


sape lagi nak buli abah dia kan???
Jumaat haritu, lepas balik kerja terus bersiap dan balik kampong Abi.Since raya aritu ni baru nak balik lagi.Maklumlah memasing dah start keje, Abi plak cuti alternate.Ada weekend yang dia kena kerja.Weekend kalini turn Abi cuti, ikutkan tengah bulan modal pon kekeringan, tapi alhamdulillah niat baik kan nak balik jenguk orang tua, rezeki tu ada, cuma cukup2 jela.Syukurrr dapat jugak balik jenguk mertua, aku ni ikutkan nak selalu balik jenguk mertua, tak kisahlah mertua ke org tua sendiri, sama je,masing2 keutamaan kite sebagai anak2.Macam aku , orang tua aku dekat, hari2 boleh jenguk.Macam mertua ni jauh sikit, kadang terkilan jugak kalau lama tak balik, tu kadang2 aku gagahkan jugak ajak Abi balik, walaupun dia cakap takde modal, tkpelah kalau keluar duit sndiri pon apa salahnya.Bukan org lain.Kena ingat, tanpa mertua, takdenya pasangan kite tu kat dunia ni.



Laiiii laiii Dua singgit, dua singgit!!!

Ooo kat kampung sekarang ni musim rambutan n cempedak, pokok cempedak n rambutan melambak2 kat belakang rumah tu, Kitorang tak lepaskan peluang pikul bawak balik, kat sini cempedak mahal oii..Kat kampung sampai tak termakan.Yang bestnyaa, sarapan cempedak goreng,lunch cempedak goreng, tea time pon cempedak goreng...hahahaha ko rasa????Perut aku berangin2 aku buat dekkk je..Aku bedal je lantak ko lah perut malas aku nak layan..kahkahkahkah..





Dak Iqy pon turut menyibuk sekali, seronok betul dia "back to nature" , sesekali apa salahnya,masa ni lah pon dapat "main kotor"..Time ni lah mama boleh tutup mata je tengok ko main pasir, main ayam,cabut rumput segala.Takpe mama kasi can, nak bagi ko rasa pengalaman baru, yang boleh buat ko pelajari sesuatu.Jangan kata mama tak payung..hahahaha..seronok betul dia dapat naik kereta sorong.Mujur dia tak suruh abah dia tolak keliling kampong..


Penuh bonet kereta dengan cempedak n rambutan untuk family kat Puchong..heheheeh...Kat Puchong, boleh kata ramai jugak kaum kerabat aku, so nanti kena agih2 kan lah, dapatlah merasa sorang sikit..jadilahhh kan..rezeki dikongsi bersama, takkk gituu..


4 comments:

  1. Fuyooo best nyer..
    Cempedak dkt KL ni dah la mhal..
    cempedak grg sebiji 50 sen..
    Kalau nk grg sendiri mcm x sedap je..haha..

    ReplyDelete
  2. cempedak tu best sbb kalo bli mahal kn

    ReplyDelete
  3. Bestnya kalau ada kampung,ada dusun...bestnyaaaa...

    ReplyDelete
  4. wah..buah-buahan tempatan bestnya..:)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)