Followers

Wednesday, August 3, 2016

Makan makan di Campur-Campur Kitchen

with Ida Baharum

Haritu berkesempatan ke D'Pulze Shopping Centre,Cyberjaya.Lokasi sangatlah dekat dengan rumah, tempat pun dah memang asyik muka ni je yang pergi kesitu, biasanya kalau pergi Dpulze ni , aku jarang makan kat situ, sebab takde restoran yang menarik selera anak tekak aku kat situ.Baru tahu tentang kewujudan restoran Campur-Campur Kitchen ni kat situ, ntah kenapa aku tak perasan selama ni taktaw lah..

Campur-Campur Kitchen, permulaannya dalam fikiran aku bayangkan menu nasi campur macam kat restoran-restoran biasa tu, rupanya maksud tersirat Campur-Campur Kitchen ni bukan setakat nasi campur-campur je, tapi menu-menu yang disediakan adalah hasil gabungan 3 negara iaitu Thai, Chinese & Indonesia.Pedas, kurang pedas dan tak pedas langsung, haaa kemain gabungan dia kan.Takde alasan kalau taknak makan kat sini.

Antara dekorasi restoran yang menarik perhatian.


Nak taw apa yang "RARE" kat sini, ni haaaa, Pestaimmm okey hakak minum dalam mentol, nasib baik tak kena renjatan elektrik..Terdapat 2 jenis air kalau nak minum dalam bekas mentol ni iaitu air Lemonade Blue dan Icy Green, aku lebih suka yang kaler biru tu, ada gas sikit, tapi tak kuat sangat gas dia.Kalau tak minat gas, boleh try yang kaler hijau (Icy Green) tu.Harga RM8.90 sahaja.
Lemonade Blue

Icy Green
Jangan risau air lain pon ada, nak try minum dalam kole pon ada,try lah order Tea In Hong Kong Style dan Coffee in Hong Kong Style , besar kole nya.Jenuh nak perabih.


Ini pulak antara makanan-makanan yang terdapat disini.Boleh try semua sekali, sebab semuanya sangat tak menghampakan anak tekak, sedapppp..

Indo Nasi Goreng with Rempah Chicken
Tomyam Fried Rice
Pan Fried Kway Teow with Seafood wrap in Lotus Leaf
Bangkok Jazz Crab Meat Frid Rice
Chicken Wing 3 rasa
Chicken Wing with Salt And Chili
Yang paling buat aku makan berkali-kali, Chicken Wing with Salt and Chili ni, suka sangat rasa dia yang pedas-pedas sikit, ada masin-masin sikit, sukalah perasa dia tu...

Kalau nak makan set menu boleh try yang ni, 1 set ni macam-macam ada, boleh didapati dengan harga serendah RM14.90 je, jimatt sangat kan.Banyak plak tu lauk dalam set tu, 1 set boleh kongsi 2 orang taw,cuma kalau nasi tak cukup, order lah nasi tambah, serius lauk dia banyak.Korang boleh pilih nak lauk apa, ada Petai Shrimp, Ayam Bakar, Flying Fish, Butter Chicken dan lain-lain.


Kalau nak ala carte boleh try goreng-goreng contohnya Tomyam Fried Rice, Pan Fried Kway teow with Seafood wrap in lotus leaf.,Bankok Jess Crab dan lain-lain lagi.Kalu taknak nasi, boleh try Indo Mee Goreng with seafood dia..Pon sedapppp..

French Toast with Honey
Kalau nak taknak makan nasi , boleh try French Toast with Honey ni..Lain daripada lain kan, mungkin tekak aku tak berapa boleh terima, tapi kalau korang nak rasa menu yang lain dari lain boleh try ni, agak "RARE" jugaklah.


Campur-Campur Kitchen 
Lot UG 18, Upper Ground Floor
DPulze Shopping Centre
Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya.

Tel : 03-8322 4848


Facebook : Campur Campur Kitchen

0 comments:

Post a Comment

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)