Followers

Friday, August 26, 2016

Breakfirst dua beranak on weekend


Oh ni cerita basi, tapi saje nak share jugak, jangan risau tak sakit perutnya kalau baca entry basi ni.Tak macam makan nasi lauk basi..hahahaha..Weekend sekarang ni memang takde chance dah nak bangun lewat, Dak Iqy tu spesis yang bangun awal, jarang sangat dia bangun tido lewat sampai ke tengah hari, tapi bila dia bangun awal, dia akan tido dalam tengahari,biasa around 12 atau 1 dia dah lalok dah.Tak payah paksa tido, dia sendiri akan lalok dengan sendirinya.Memang dia jenis tido siang, dia aktif waktu pagi dan petang je..hehehe..Waktu pagi biasanya dia akan masuk playroom dan hangkut bakul mainan dan bawak ke ruang tamu, haah dia angkat okey, kuat betul, aku suruh dia seret, tapi dia pegi angkat, mungkin nak tunjuk yang dia sado agaknya..hahaha

Dia akan leka main sorang-sorang, dia dah biasa pon main sengsorang time weekend macam ni tapi dia nak kite tengok dia main.Pastu hadaplah soalan dia yang bertubi-tubi.Sabooo jela..Dah puas main, dalam pukul 10pg macam tu dia dah mintak makan dah.Ikut dia lah, kadang dia mintak "mama, nak cookies" "mama, nak ashik"..biasanya pagi2 ni aku bagi biskut lah dulu dia sebut "cookies".sementara aku readykan breakfirst, selalu aku goreng nasik, tapi kalini aku buat roti goreng telur cicah sos je, hidangkan sekali dengan air milo..Perghhhh kenyang jugak..Jadiklah buat alas perut sementara tunggu time lunch.Dapatlah tutup mulut Iqy sekejap yang mintak ashik, ashik je tu..heheheh..

Korang sarapan apa time weekend, cer share ngan aku?next weekend aku boleh tiru...hekhekhekhek

5 comments:

  1. akak vkend slalu lmbt gk bgn...tisya pn sama lmbt tp die bgn lapar menu spagheti carbonara sokmo

    ReplyDelete
  2. Seronok nak masak bila anak kaki makan.mkn byk2 IQy biar sado ketul ketul hehe..

    ReplyDelete
  3. Weekend selalu late morning la Nory..
    Breakfast + lunch terus..hehe..

    ReplyDelete
  4. Klau hri cti, sbtu ahd sometimes suh ddy zara bli kn kuih dlu. If ada mee ke keteow ke, goreng tu la.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)