Followers

Friday, November 4, 2016

Kuat sangat pengaruh Neelofa ni

Salam Jumaat.

Pepagi lagi dah happy semacam sebab arini last day kerja kan, awal-awal nak bagitau ni Isnin ni aku bakal buat onar lagi, nak sambung cuti, buat cuti sendiri sebab nak spend time lama sikit kat kampung Abi, lama tak balik jenguk mertua sejak kerja sini, ekonomi makin tak stabil, nak balik kampung yang sekangkang kera tu pon tertangguh2,Hurmmm rasa diri ni menantu tak guna sangat bila lama tak balik jenguk mertua.Mujur mertua memahami, insyALLAH minggu ni nak balik kampung jugak, Dak Iqy pon rindu dengan opah n tokwan dia.

Kelmarin kan aku half day sebab sakit kepala tu kan aku pergi Alamanda dengan mak aku, Niat hati nak makan ayam goreng McD tapi habis plak, aiskrim pon habis, tak paham aku, bad service betul Mcdonald Alamanda pada hari tersebut, aku dahlah sakit kepala, mujur tak terbalik meja aku kerja kan..hahahaha..Jangan risau emosi aku masih terkawal lagi time tu, aku order Spicy Chicken McDeluxe, cuma ralat jugaklah tak dapat makan ayam goreng McD,..Huhuhuh..

Sebenarnya bukan nak citer pasal tu, nak citer pasal keterujaan aku dengan Neelofa ni, minat sangat sampai apa yang Lofa ada , apa yang Lofa pakai semua aku nak.Tapiiii mimpi jela mampu.hahaha..Baju Lofa mahal, tudung Lofa pon mahal.Satu je yang murah...Nak tau apa???

Ni haaaa...Masuk kedai Kimonoya yang all item RM5.30 tu, terjumpa dengan benda alah ni..Pengilat kuku..hahahaha..Ni semua Neelofa punya pasal.Asyik dok stalk pasal dia je hari2, kuku dia pon aku dok teruja.Okeylah kan , tak dapat baju dan tudung macam dia, dapat kuku macam Lofa pon hakak dah suka sangat dah..Nak kuku kilat jugak macam Lofa...hahahahaha..Jangan kecam hakak please..
Adik aku dok gelak guling-guling tengok aku beriya-iya nak beli pengilat kuku ni semata-mata sebab Neelofa.hahahha Ko rasa??Hanya yang memahami je akan paham wey..Tolonglahhh paham...Nak cantik macam Lofa jugak...kahkahkahkahkah..Amboiii gelak sakan nampak?Panggg kang!!

And then semalam, adik aku text aku bagitau Neelofa ada kat A-Park,Puchong, tengah shooting.Aku rasa nak pergi sangat, tapi tengah kerja pulak, nak ikutkan dekat sangat dahtu, aku cakap ngan adik aku, aku nak sangat jumpa Lofa just nak tunjuk yang kuku aku sama kilat macam kuku dia...hahahaha..Bengang je adik aku weyy..jeles lah tu...agagagagga


6 comments:

  1. haha...Nory tak payah cantik macam lofa pun memang dah cantik, tapi ceyes Lofa tu lawa kan, cara dia berpakaian style dia make up overall superb cantik gilaaaa

    ReplyDelete
  2. Lofa sekarang tengah in sangat...sangat menjadi perhatian..muda,berjaya,bergaya..moga sentiasa rendah hati dan menjadi ikon wanita muslimah solehah..

    ReplyDelete
  3. Ini baru betul-betul minat sangat dgn Lofa ni
    Dpt yg tang kuku pun jadilah ye:)

    ReplyDelete
  4. hehehehe... kuku pun kuku lahhh... janji name neelopak.. :)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)