Followers

Friday, April 26, 2013

Jumpa blogger famous amous di majlis hari jadi


Hari Sabtu bersamaan 13 April 2013, aku merajinkan diri pergi majlis hari jadi anak kepada Kak Amy.Kak Amy ni blogger jugak, start kenal ngan kak Amy masa fotoshoot blogger tahun lepas.Tapi masa tu tak dapat pon nak beramas mesra lama2, sebab kak Amy balik awal time tu, anak2 dia dah meragam .Tapi tetap still jumpa kat blog, dekat blog pon boleh beramas mesra jugak ape..hehehe..Malam sebelum majlis tu, kitorang berempat Yaya, Eida, aku dan Mila ada dinner kat Hotel Istana, itu kira jemputan last minit jugak, tapi kitorang tetap pergi jugak, peluang datang sekali weyy, takkan nak tolak..Untuk blogger plak tu kan..Kata nak pergi jauh dalam dunia blog, kena lah rajin join event2 camtu, pantang orang jemput, aku lajuuu je pergi..Nak2 plak makan free..kuikuikui

Nak dijadikan cerita,dinner habis lewat, aku sampai rumah pon pukul 2pg..Perghhh punya lah mengantuk, dah lah pagi2 sabtu tu aku dah bangun pagi2 sebab nak beli surat khabar..ahhahaha..Gigih beb bangun pagi2 beli surat khabar, jakun nak tengok muka sendiri dalam paper..kuikuikui (klik sini kalau nak tau)..Pukul 11 lebih camtu, aku gerak pergi rumah yaya, aku parking kete kat rumah yaya, and tumpang dia pergi rumah kak Amy.Sampai2 je, dah nampak dah Eida, dia sampai awal sebab kak Amy tempah Chocolate Fountain dgn dia.So, dia lah dapat makan dulu dari kitorang, sampai2 je nampak die tengah syiokkk duk jilat2 jari sambil makan kambing ...Mbekkkk!!! hahaahaha..


Time tengah makan2 tu, Kak Amy bagitau yang Neena ada kat dalam, neena yang blogger gorjes gonjeng tu, mesti korang kenall kan..Mula2 kitorang macam segan nak masuk jumpa dia, takut dia tak layan karang buat malu je.Tapi dalam segan2 tu kitorang masuk jugak,buat2 makan sebelah dia, masing2 segan nak tegur, last2 yaya yang tegur Neena, yaya tak bagi dia balik dulu, sebab kitorang nak bergambar dengan dia..Haaa nampakk tak betapa gamble dan macho nyer yaya..Respon dari Neena??? Ko rasa dia sombong ke?? Heyyyy langsungg tak sombong beb, bila dah start makan kitorang terus mengendeng2 kat dia, dengar dia bercerita, rancak betul Neena ni bercerita, kitorang pon seronok dengar citer dia.Bila pikir2 balik, hurmm rasa macam dah lama je kenal ngan Neena ni, padahal baru pestaim jumpa,tapi dia punya tahap kemesraan tu, aku salute habislah kat dia.Bila dia dah start buka mulut, tak sure bila dia akan berhenti..paling best dengar citer dia bercuti ke Sydney baru2 ni, live story die cite kat kitorang beb, selama ni baca kat blog dia je, kalini depan2 mata dia citer semua..Waaaa terujaaa dengar..Tetiba rasa nak ikut yaya gi Sydney ..Yaya sempat mintak tips bercuti ke Sydney dari Neena sebab yaya kan nak pergi sana...Uwaaa rinduuunya kat yaya nanti..Gambar atas tu nampak tak masing2 khusyuk dengar cerita dari Neena..hehe



Bile dah puas "menjemah", blogger dengan kamera mana boleh dipisahkan beb, haruslah posing mosing depan kamera, Neena sampai suruh En.Teman dia keluarkan kamera gedabak dari dalam kereta  sebab tak puas snap guna kamera handphone katanya..hehehe..Oh yer, selain we'olls berempat dan juga Neena, ada jugak blogger lain yang datang, Pinky Momma, haa ni pestaim kenal akak ni..Bila dah salam2 baru aku taw akak pinky momma ni tgh pregnant rupanya, tak sempat nak laga2 perut..hehehe..Dan baru2 ni aku baru taw yang akak ni pregnant baby kembar...uwaaaa bestnya...tahniahh akak..


Makin lama bersembang, makin hilang malu, dah tak segan2 dah, tu yang keluar macam2 pose tu..hahaha


Haruslah ada gambar berdua2an dengan Neena kan..Bukan selalu dapat jumpa pon lepas ni..hehe

Tak cukup kat dalam rumah, kat luar rumah pon nak bergambar, agak2 kalau boleh, atas bumbung pon nak bergambar kan..hihihihi...Bestnya Neena peluk aku...ko hade??hahahah...Tinggi betul Neena ni taw, dah lah tinggi , slim plak tu, duduk kat sebelah aku memang nampak lah kegemukkan aku disitu...haiyyaaaa...


Nampak tak we'oll tengah khusyuk "menjemah" ngan Neena..Pempuan lah kata kan..Kalau dapat bersembang memang tak pandang kiri kanan dah..hhihiii..




Well, seronok dapat jumpa blogger famous yang peramah macam Neena dan Pinky Momma ni, dan tak lupa terima kasih kat kak Amy selaku tuan rumah yang sudi jemput Nory ke majlis akak ni..Taun depan jemputlah lagi ekk..heheh..(tak malu nyer,,hikhik)


Inilah Kak Amy , comel lote je kak Amy ni taw, sape sangka dah 2 dah anaknya..Happy Besday To Zara &   Rayyan..Maaf lah hadiah dari "kakak2" lambat sampaii...Sila salahkan "kakak eida" yer....hahahah..Lagi satu nak promote sikit ni, Kak Amy ni pandaii buat Macaroni Cheese dan sedia menerima tempahan , daripada komen2 yang aku dengar, rata2 cakap sedap gilerr,cuma aku je rugi tak sempat merasa masa majlis tu, sebab tengah leka dengar Neena bercerita, hahaha nak salahkan Neena pulak...hikhikhik..
 Sesiapa nak order boleh contact kak Amy yer...click sini ===> Order Baked Pasta Cheese



19 comments:

  1. terharu sgt2wehh....
    byk nya pic dlm rumah. segan laa umah bersepah.
    tq sudi dtg.
    nnt kita geder2 lg sblm puasa ni nakk??
    xpuas beramas mesra dgn uols. kali ni xnak bawa anak.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. bestnya. waaa tak kenal siapa pun kecuali korang je. kahkahakha ;p

    ReplyDelete
  3. Seronok la korang ekkk jumpa blogger gonjeng nie...jeles...hihihi

    ReplyDelete
  4. silent readers jek kat blog kak neena.. kajol malaysia tu..

    ReplyDelete
  5. Awesome.. best la u guys jumpa gather2 gini, makan free is a bonus kan. hahahaha

    psstt*semalam akak mara-ton comel entry uss sing awak tau, tapi tak komen sebab teruja nak habiskan baca semua dengan bajet2 segala. hahaha nice nice trip, mmg happening u guys sumer. Nnt buat la trip datang berlin ek. ;);)

    ReplyDelete
  6. wah...seronok bila baca citer pasal blogger2 jumpa antara satu sama lain..hehehe

    p/s: Follow sini

    Regards,
    M-Nec

    ReplyDelete
  7. wahh untunglah :) hehehe tApi tak kenal neena tu ..ada link dia ?

    ReplyDelete
  8. bestnya jumpa blogger2 hebat.. tapi saya xkenal pula dorang.. nti nak terjah jgk la.. =)

    ReplyDelete
  9. untungla. dapat jumpa gini.pastu jumpa blogger femes lak tu.hehe
    suka baca blog neena tu.

    ReplyDelete
  10. huarrrghhh!!!kuar plak gaya giyomi dr sis...hakhakhak!!!best jumpe sume dalam satu majlis kan...heheheh....

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum nory...seronoknya dpt jumpa semuanya...;)

    ReplyDelete
  12. amboii nak salahkan ida yee.. semua salah milo, nory, yaya sebab tak ingatkan ida. hahahahhaa.. kak amy, hadiah dah sampaii ke? okhkohkohh

    ReplyDelete
  13. Makan free sesaje ye kome, heheehe...
    Alhamdulillah, rezki :)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)