Followers

Thursday, August 13, 2015

Bihun pon sodap

 
Petang kelmarin, masa nak balik kerja, hujan turun dengan lebatnya.Alamak macam mana nak balik ni,payung tak bawak, jarak dari pintu opis nak ke kereta takdelah jauh mana, tapi kalau redah kira lencun jugaklah.Member-member opis lain semua terkandas sampai pukul 7.30 malam, aku takleh lah nak turut terkandas sekali sebab nak amik Iqy, takmo lah Iqy tertunggu-tunggu mama dia.Aku jenis yang punctual bab amik anak ni, takmo curi masa pengasuh.So aku redah je hujan, takde makna nak control ayu bagai sampai takleh kena hujan langsung, selamba je aku redah, siap jalan catwalk lagi, sebab aku pikir dah time nak balik dah pon, balik kang terus mandi je.Kalau time nak pergi kerja aku pikir 2 , 3 kali jugak nak redah ke tak..hikhikhikhik..
 
Sampai rumah pengasuh , Iqy tengah sedap tidur, aku pikul je dia masuk kereta, first time dia tidur time aku ambik dia, huhuu..Sampai rumah, call Abi suruh turun bawak payung ..Abi dah siap masak nasi goreng , fuhh lega takyah pikir pasal makan malam dah..Sebab ingat tadi kalau tak hujan nak singgah kedai beli makanan, tapi sebabkan hujan, aku balik jela..
 
Bila dah lepas mandi , perut rasa lapar plak, nak makan nasi goreng Abi, perut macam mintak makanan lain plak, nak keluar beli malas plak sebab hujan, tetiba tokk!! tok!! tokk!..pintu rumah diketuk,rupanya maklang (sebelah rumah) hantar bihun lah..Wallauweyyy murah rezeki ..Licin kitorang makan anak beranak, Dak Iqy makan bertambah-tambah, sampai bersila duduk diam pegun gitu je dia depan abah dia, asal abah dia lambat suap je, dia menjerit..Oooo suka bihun macam mama jugak lah ni..Abah dia minat mee..Tapi mee pon dak iqy bedal jugak, sebab dia suka makan pedas-pedas..Aku perasan jugak, dak Iqy ni gemar makanan pedas.Tapi aku tak bagi selalu, takut perut dia tak tahan plak.,tapi kalau dia dah nak tu, susah aku nak elak dari dia, tak sangguppp weyyy dengar dia terpekik terlolongg menjerit..Euwwwww..Dulu aku pernah risau dia susah sangat nak makan, sekarang aku risau sebab dia banyak sangat makan,pantang nampak makanan..Anywayy, tenkiuuu jiran sebelah merangkap maklang aku..Kenyang perut terus tidur dengan lenanya..
 

4 comments:

  1. sedaplah..sapa cakap tak sedap..hehe..
    Iqy suka makan pedas ye..ok la tu tak memilih

    ReplyDelete
  2. Rezeki...rezeki...sekarang memang musim hujan..

    ReplyDelete
  3. Assalam nory,
    alaaaaaaaaaaaaa
    yang ni yang sedeh niiii
    peberet laaaaaaaaaaaaaaaaa
    naaaaakkkkk
    ujan2 lak tu kat penang time niiii
    lapooooorrrrr
    sob3

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)