Followers

Monday, August 17, 2015

Rizqy 17 bulan

 
Today is genaplah dak bobot ni berusia 17 bulan bersamaan 1 tahun 5 bulan..Setiap bulan mesti nak cakap eh cepatnya masa berlalu, cepatnya anak aku ni membesar.Dan mama dia masih setia mencelebrate setiap bulan..Gigih okey mama awok ni..Tolongglah sayang lebih ..hahaha.
 
Perkembangan untuk bulan ini yang paling ketara adalah tang mulut dia tu, aku rasa sejak akhir2 ni dia banyak sangat bercakap, walau tak faham sangat setiap butir bicara dia tu, tapi dia tetap nak bercakap jugak, aku rasa dia sendiri pon tak faham apa dia cakap..
 
Oh dia suka sangat menyanyi, asal dengar lagu je dia pandai ikut rentak lagu.Kadang tu baru dengar muzik , dia dah taw dah tu lagu apa, siap pandang kite nak bagitaw yang dia tahu tu lagu dia..Lagu "Balik kampong" dia paling suka sekali, dengan lagu "kun anta", orang yang tak biasa dengar dia nyanyi pon boleh tau tu lagu apa tiap kali dia nyanyi, aku ingat aku sorang je paham bahasa dia, maksudnya butir bicara dan lenggok suara tu ada..Ni betul ikut mama ni suka karokkk..Yelaaa masa pregnant dulu suka gi karokkk...muahahahahah...Tapi seimbang lah, mengaji pon aku selalu buat jugak..Harap dah besar jadik tahfiz lah hendaknya..Kalau nak jadi penyanyi, jadiklah macam Mawi pon okey jugek..hehehehe..
 
Selain rapat dengan abah dia, dia tersangatlah rapat dengan atuk..Bila ade atuk , dia pandang abah sebelah mata je..Cehhh..Abah siap sentap cakap, ooo malam kang nak tidur , abah taknak garu belakang dia..hahahaha..Comel jugak kalau abah merajuk..kikikikiiii..Tiap kali singgah rumah mak, kalau ada atuk dia, abislah atuk akan jadi mangsa buli dia, suruh bawak round naik motor sampai lebam,biasanya lepas maghrib dia akan bodek atuk lagi ajak naik motor, susah benor nak puaskan hati dia, Dicha tu atuk bawak dia round sekali je dah puas dah.Dia ni je tak reti-reti puas..haish..Kesian atuk kena buli..
 
 
HAPPY 17th MONTHSARY dear bobot amma abah.. 

5 comments:

  1. Singgah petang...
    HAPPY 17th MONTHSARY =)

    ReplyDelete
  2. HAPPY 17th MONTHSARY...moga membesar menjadi anak yang soleh hendakNya. Jangan noty noty tau

    ReplyDelete
  3. Happy Monthsary Rizqy... comeeyyyy geram auntie tgk... nnt jmpa nak cubit pipi blh x? hehehe

    ReplyDelete
  4. Assalam nory,
    tang mulut po pet tu turuuuuunnnn sapaaaaa xtau nooooo????
    lariiikkkkkkkkkkkk he3

    ReplyDelete
  5. Gerammmmmnye tgk dak tecit ni

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)