Followers

Saturday, August 15, 2015

Konon-konon rumah terbuka lah ni

 
Jangan sentap plak cakap aku tak jemput, aku bukan buat open house besar-besaran pon, cuma kebetulan along aku belum beraya kat rumah aku lagi, ada jugak singgah-singgah gitu je, tapi tak dikira sebagai beraya secara rasmi lah gitu..hahahah..Pastu aku pon ajaklah along aku datang beraya malam semalam , alang-alang tu aku jemput lah sekali poksu aku sekeluarga, maklang sekeluarga dan mak n papa aku sekali..Saje meramaikan majlis..Eh bukan majlis apa pon, bolehlah dikira sebagai advance besday celebrate untuk Abi (21/8) ni..
 
 
Menu pada hari itu, atas permintaan ramai, eh takdelah ramai sangat..hikhikhik..Menu pada malam tu, laksa dan bihun goreng, serta nugget goreng..hehehehe..Sape masak???Dah tentulah bukan aku...kikikikikiiii..Abi lahh, hari khamis tu Abi kerja pagi, tengahari dia dah balik kerja dah, sempatlah dia pergi kedai beli bahan dan memasak..Dia dah biasa dah..Aku pon salute habis kat dia kalau bab masak-masak ni dia memang cekap, aku tak nafikan.Aku bukan taknak masak, aku boleh je masak, tapi takat masak nak bagi laki dan anak makan, boleh lah.Kalau nak bagi orang makan, segan plak aku..Tak cukup konpiden lagi..hehehe
 
 
Dak iqy, mulanya aku suruh dia tidur, punyalah lama aku cuba tidurkan dia, dia takmo jugak.Macam tahu-tahu je nenek n atuk dia nak datang,dia dengar je suara mak aku bagi salam, menggelupur dia turun dari katil dan berlari dapatkan mak n papa aku..Nak mengadu lettuew...Last-last tak tidur pon.. 
 
 
Bila dah ramai kawan, nasib baik dia behave sikit, aku nak tidurkan dia sebab takut dia nak main kat luar sebab pintu kan terbuka..Nasib baik bila dah ramai kawan, dia elok je main sama-sama kat dalam bilik dia, kalau dia sorang-sorang, takde dia hinginnya nak masuk bilik dia tu..Haishhh..Cuma tu je lah, dia pantang jumpa sepupu sebaya dia tu,Dicha,mesti nak bercakaran aje..Semua benda nak direbutkannya, bila time baik, siap cium-cium bagai, bila bergaduh, dia lempang-lempang je si Dicha tu..Hurmmm..Dah besar nanti, ko meraung-raung nak kahwin ngan Dicha, mama cepuk ko laju-laju..hahahaha..Orang kata kalau kecik-kecik bergaduh, dah besar jadik rapat kan..Entahlahh..Tengoklah dah besar nanti camne..hehehe
 
 
Ingat nak buat open house besar-besaran, hajat tu ada, tapi takde rezeki lagi..Nanti ade rezeki lebih tahun depan or akan datang, kalau aku buat aku jemput semua yer.. Doakan lah aku murah rezeki,Kotlah pak Jib nak sedekah 2.6Billion kat akaun aku..hekhekhekhek...
 

5 comments:

  1. Betul..seronok masak masak..share rezeki panggil kawan kawan sedara mara datang makan..cuma terkadang rezeki mungkin cukup cukup untuk kegunaan sendiri..tapi in sya Allah niat baik mesti Allah bantu..

    ReplyDelete
  2. ahahahahaa~ comel je part iqy ngan dicha tu.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Konon tak konon, bak mai sepinggan bihun tu. Hehehe selamat hari raya uols.. banyka Iqy dapat duit raya?

    ReplyDelete
  4. Assalam nory,
    huntunglaaaaaaaaa
    birtday boy masakkan menu open house he3

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)