Raya kedua, pukul 9 pagi kitorang dah gerak dari rumah menuju ke Merlimau, Melaka.Kampong kelahiran mak aku, mak aku dah takde sape-sape dah, atok nenek aku dua-dua dah meninggal, yang tinggal sedara mara sepupu sepapat mak aku je kat Melaka ni.Atok nenek aku dulu pon tinggal kat KL, biasanya time raya maklah yang bawak atok balik kampong lawat sedara mara.Sekarang atok dah takde, sedara mara masih ada lagi, so selagi masih ada sedara mara ni, tak salah kalau nak merapatkan tali silaturrahim.Ye dakk? Aku pon follow jela..First time jugak Iqy balik Melaka ni.Last balik masa tu Iqy adalam perut lagi, baru nak jadik..kihkihkih..Sekarang dah berlari dah pon..hihi
Paling syiok nak bergambar kat rumah tokcik aku sebab pemandangan tepi sawah ..Cantikk..raya 2 tahun lepas aku ada bergambar dengan Abi tepi sawah, tapi kalini takde gambar tepi sawah,sebab dak Iqy tu tengah melasak, kang leka dok selfie2, anak terlepas masuk bendang kang sape nak jawabb..hahahahaha..Last-last bergambar jela kat perkarangan rumah sahaja.Pon okeyy sebab lighting sangat cantekk..kikikikii
Yang kiri sekali tu makcik a.k.a adik ipar mak aku..Muda kan makcik Iolls..Gorjess gituw...Ko hade...hehehehe..Lagi muda dari aku taw..Yang tengah tu kakak aku, eh ehh adik aku lahh..si Tasha, dah besau dah dia ni, Kalau tak pass SPM, aku kahwin kan aje budak ni..hahahahah..
Posing tayang Henna ke hape ni? Tahun ni poyoo nak ber"henna"-henna plak.gigih malam raya pergi uptown pukul 1 pagi, tinggal anak dan laki kat rumah, gambleee je pergi 3 beranak dengan mak n adik aku, mak aku lah ajak konon nak cari tudung, last2 dia tak beli apa pon, aku n Tasha yang shopping..huhuhu..Malam raya memang biasa tak lekat kat rumah, Iqy plak tido, Abi balik dari surau dengan papa sambung plak "takbir" rumah ke rumah, penat tak larat nak ikut, so tinggal lah rumah dengan Iqy n papa aku..Kitorang yang perempuan ni, dah siap2 masak n kemas rumah, syiooottt keluar cuci mata,cuci poket..heheheeh
Eh tu citer raya pertama tu aku terobek sikit, ni citer pasal raya kat Melaka kan,hikhihkihkhik..Suka sangat lari topik.Raya kedua takde tema-tema dah..Bantaii je nak pakai kaler apa,Abi dengan Iqy je pakai kemeja, mama kan ada baju raya lagi satu..hahahahaha...Raya kedua aku pakai kurung Kedah kain songket, kaler kuning tak berapa nak mustard..Raya kedua aku sedondon dengan Tasha n Makcik aku je..Kebetulan sama kaler..Tak janji pun nak pakai sama..hehehe..
Ni je gambar bertiga yang sempat disnap pada raya kedua..Dak iqy dah selebet dah time ni, dok berlari sana sini, naik berlecak ketiak tu, tak reti penat ke budak ni haaa...Aku tengok pon penat..Acaner tu??
Dah alang-alang sampai Melaka, cadangnya nak singgah kampong geng sekali, si Ida Baharum tuu.Kebetulan plak satu kampong, sempat jugaklah singgah rumah Ida..Nanti next entry plak lah sambung citer ek..
Malam tu, kitorang check in kat Bandar Melaka, sebab plan nak bercuti sekali lah kononnya, aku dah siap-siap book hotel dah, hotel baru,sampaikan Waze pon takleh nak detect..Berpusing-pusing kitorang kat Bandar Melaka, nasib baik dak Iqy tido dalam kereta..Pukul 9 malam,baru dapat check in..Mandi dan bersiap keluar jalan-jalan kat Bandar Melaka, pastu lepak mamak dengan pakcik n makcik aku sampai pukul 1pg..Balik hotel terus tido, dak Iqy tido tak bunyi-bunyi malam tu, penat kemain lah tu..huhuhu..Takde gambar pon, memasing batteri kong..
amboi..raya sakan..:)
ReplyDeletecantik baju nory..trend kan sekarang baju kain songket ni..
ReplyDeleteohh lupa, selamat hari raya..
mesti iqy seronok beronok ronok ni..
ReplyDeleteKemahen raya dia...smpt lg pegi bercuti
ReplyDeleteAssalam nory,
ReplyDeletemudo2 haaihhh mokcik uols :)