Tiap kali balik kampong Abi, mesti rambut Iqy kena korban.Rasanya baru 2 kali je berjaya potong rambut dia kat kedai, first time tu dia tak nangis pon, kali kedua tu mula-mula dia okey, tapi last-last menangis jugak, tapi rambut berjaya jugak dipotong, lepas daripada tu, abah dia je yang potong.Sebelum balik kampong haritu , ada jugak cuba nasib bawak dia pergi kedai gunting, masa masuk kedai dia okey je, tiba giliran dia, dia bantai melalak terjerit-jerit bila uncle tu pegang kepala dia, last-last abah dia yang duduk suruh uncle tu potong rambut dia..Tak pasal-pasal rambut abah dia jadik mangsa.hahaha..
Haritu masa balik kampong, memang plan nak potong rambut dia pon, sebabnya rambut Iqy ni jenis cepat panjang, dahlah jenis cepat berpeluh, bila berpeluh tu, melepet je rambut dia kat dahi, pastu mulalah dia rimas tergaru-garu.
Ingat senang nak potong rambut mamat ni?Memang tak arrr..Jenuh abah dia kejar keliling rumah.Potong sebelah, berlari kesana, potong lagi sikit, berlari kesitu..Haishh..Aku tengok pon letih.
Sampai berlari ke belakang rumah, terjumpa radio rosak..Barulah dia reti duduk diam sikit.huhuhu..
Bila dah duduk diam-diam, berulah abah dia boleh focus betul-betul..Abah dia memang pandai potong rambut orang, rambut aku pon Abi yang potong kan, sebab malas nak pergi saloon punya pasal, kang nak bukak-bukak tudung satu hal, last-last guna khidmat laki sendiri, Abi kan hero kami, semua benda dia boleh jadi...hikhikhikhik..
Walaupon duduk diam, tapi dah beralih tempat dah tu, dari tepi sana, sampai dah bawah pokok manggis, opah layan sembang, abah boleh alter lagi rambut dia tu..
Akhirnya...Berjayaaa jugak mencantas rambut dak bobot ni..heheheh..Next time balik kampong kite alter rambut lagi okeyy...hehehe
dah encem..:)
ReplyDeleteSelamat Pagi...
ReplyDeleteSinggah sini...
dah potong rambut lagi ensem laaa...hihi
handsome dah dia...abang ash pun sama, tapi sekarang dah kurang dah kalau pergi barber...he he he... sebab abang ash dah mula hilang rasa takut sikit-sikit...
ReplyDeletehehe encem dh dia..
ReplyDeleteencem bila dah potong rambut.. oklah tu tak nangis walaupun tak reti duduk diam. hihi... sama lah macam adam. dulu menangis melalak-lalak bila nak potong rambut ida kat salon. last2, papanya yg potongkan sendiri...
ReplyDeletebila dah potong rambut barulah macho abam iqy ni, baru awek pandang cair, ...
ReplyDeleteAssalam nory,
ReplyDeleteooohooiiiiii iqy geng dengan abang fayyadh
elok ni bawak masuk sama2 kedai gunting rambut
kasi gegor he3
punggaaaahhhh
salam jumaat..hebat boleh potong rmbut sendiri...
ReplyDelete