Followers

Tuesday, May 21, 2013

#TSDayOut - Peugeot Lounge


Lepas dah seharian buat aktiviti di seluruh pelusuk Terminal Skypark ni, cacing dalam perut pun dah start tendang2, laparr katanya.huhhu..Sekali lagi, aku teruja beb, memang dah taw dari awal yang makanan memang disediakan , tapi tak terfikir pun makan di tempat yang super duper high-class, elegant dan bombastik macam kat Peugeot Lounge ni.Peugeot Lounge ni merupakan satu-satunya ruang istirehat eksklusif yang pertama di lapangan terbang khas buat pemilik kereta Peugeot dan ahli berdaftar.Biasanya ,sementara nak tunggu flight kita mesti lepak2 kat Mcdonalds ke, Old Town White Coffee ke kan, tapi kalau nak rasa suasana yang lebih selesa  , eksklusif dan lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti WIFI dan makanan sedap2 serta lain dari yang lain, boleh try lepak di Peugeot Lounge ni,hanya perlu tunjuk pass atau pun kunci kereta sebagai bukti yang kita ni pemilik atau ahli Peugeot.




Bercirikan nama jenama Peugeot itu sendiri, di setiap ruang dalam Peugeot Lounge tu dihiasi dengan replika pelbagai jenis dan model kereta jenama Peugeot.Selain tu. ruang mesyuarat jugak disediakan untuk para VIP yang inginkan suasana yang privasy ketika mesyuarat.Selain itu, TV lengkap dengan Astro pun ada, senang cerita, memang tak bosan lah kalau datang lepak-lepak sini sementara tunggu flight.





Makanan kitorang pada haritu di taja oleh Bubba Gump ..Perghhh rambang mata, eh rambang anak tekak nak pilih nak makan mana satu dulu..Dengan buah-buah segar, pasta, ikan, ayam, hurmm macam2 ada.Tenkiuuu Bubba Gump and Tenkiuuu Peugeot Lounge..


Mr Yasser Awan selaku General Manager Nasim Sdn Bhd (Peugeot Lounge).

Lebih info pasal Peugeot Lounge ni boleh lawati laman web Peugeot Lounge.

Alamat :

Peugeot Lounge
M18A, Skypark Terminal
Sultan Abdul Aziz Shah Airport
47200 Subang, Selangor.

Tel : 03- 7840 0312

Credit picture : Nigel Low


5 comments:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)