Followers

Tuesday, August 11, 2015

Percutian ke Kuching,Sarawak - Part 2

Hari kedua di Kuching, bangun pagi-pagi dengar mak aku dok bising komplen pasal tekanan air dalam bilik air slow sangat sampai nak "melepas" pon tak lepas dengan air paip yang keluar segan-segan je dari paip, nak tunggu penuh sebaldi mau makan bertahun kot.Dah macam mana kitorang nak mandi pagi ni.Dah lah ramai ni.Terus call En.Mohamad pengurus homestay ni mengadu pasal tekanan air yang slow ni.Dari rasa nak marah terus jadi cool dengan layanan yang diberikan, dah lah aku mesej dia sesubuh pagi pukul 6, tapi yang aku salute dengan En.Mohamad ni dia memang laju reply mesej dari customer, tak sampai 5 minit mesej aku dah berbalas dengan ucapan maaf dari pihak dia, dari hati panas terus jadik cool wey, dalam kul 7 tu owner homestay tu datang betulkan paip yang tersumbat tu, rupanya sebelum kitorang check in tu paip tu okey je, kebetulan bila kitorang check in paip tersumbat plak.Benda nak jadik nak buat camne kan,nasib baik air paip kat luar rumah tu besar airnya, cuma baldi tak cukup nak tadah air.So orang lelaki bolehlah mandi kat luar, yang perempuan ni terpaksalah tunggu paip di repair.Nasib baik sekejap je.Dalam kul 9 pagi dah siap dah, tak semena-mena dapat berkenalan dengan owner homestay ni, pasangan suami isteri warga emas, peramah orangnya, bersembang macam dah kenal lama.Yang kelakar nya dia ingat laki aku orang England, adoii lawak makcik ni..Yang si Iqy plak dia cakap macam anak bosnia.Nasib baik dia tak cakap aku macam minah Indon..Sentapp plak mak nokk..hahahaha..
 




 
Oleh kerana kesilapan teknikal yang kecik tu, En Mohamad pengurus homestay ni berbesar hati nak menaja breakfirst kitorang untuk 2 hari sebagai tanda minta maaf atas kesilapan teknikal tu.Padahal menda kecik je, takde hal kitorang ok je takde nak ngamuk2 pon.Tapi dah dia sendiri nak taja breakfirst kami untuk 2 hari, kami terima jela, rezeki tak baik tolak, jimat duit kitorang untuk breakfirst, untuk 2 hari plak tu.Kemain mewah kitorang makan menu breakfirst dah macam menu untuk lunch n dinner sekali...hahahaha..Mentang2 orang belanja, betoi2 amik kesempatan kan..Hehehehe..Terima kasih En Mohamad, berbaloi taw bekerjasama dengan En.Mohamad ni, korang wajib tempah pakej homestay dengan dia kalau datang Kuching nanti .Nanti aku up entry khas berkenaan pakej yang disediakan oleh En. Mohamad ni.Memang berbaloi dan sangat berpuas hati, lebih-lebih lagi dengan En.Malik abang driver kitorang yang sporting sangat tu.
Untuk pagi pertama ni, kitorang dibawa ke Restoran Kopi O untuk bersarapan secara FREE.Abang Malik cakap buat je macam restoran sendiri, nak makan apa amik je semua free, hari pertama kitorang macam segan-segan lagi..Amik yang perlu je, baik kann...Hari kedua memang tak kasi can, makan sampai lebam.kuikuikuikui..Orang cakap kat Restoran ni , Mee Kolok dia sedap..Memamg sedap pon.Aku dah try tu pon tumpang adik aku punya, malas nak order semangkuk takut tak habis, walaupon free tapi kalau tak habis kan ke membazir, membazir amalan setannn,.No..No...No..Masa ni bagi Iqy makan siap-siap sekali, memang mencabar jugak nak bagi Iqy ni makan masa kat Kuching aritu.Dia first time makan makanan selain masakan aku.Tekak dia dah terbiasa dengan masakan aku je, so bila bagi makanan lain dia macam susah nak terima, sampai termuntah-muntah..3 hari kat sana dia makan tak banyak.Kesian dia, rindu masakan mama lettuew..Sweet angat taw bobot ni..huhu..Tapi alhamdulillah dia takde kena demam "perubahan cuaca", sebab kat sana panas lain macam..Anak buah aku yang tua sebulan dari iqy tu sampai demam-demam.Tak tahan cuaca panas, aku pon naik migrain kepala hotak..Menggelegak rasa otak aku..Last2 singgah kedai runcit beli bahan-bahan untuk masak bubur Iqy, nasib baik homestay tu ada periuk belanga dan dapur untuk memasak semua, so bolehlah bobot makan masakan mama dia jugak.hihih..




 
Lepas dah isi perut , kitorang mulakan perjalanan, tempat pertama untuk haritu adalah melawat Kedai Kristal.Kat kedai ni menjual pelbagai perhiasan kristal macam gelang, beg, kain batik, baju, cenderahati.Dia macam sebuah rumah yang dijadikan kedai.Tapi aku tak suggestkan korang beli kain batik ke apa2 lah yang ada kat situ, sebab nampak macam murah, tapi sebenarnya ada tempat yang lagi murah.Nanti tunggu aku story sampai habis naa..Tapi disebabkan kitorang ni first timer datang situ kan, kitorang terbeli jugaklah kain batik, kain pelikat kat situ, rasa macam murah dah, tapi hurmmm nak nangis rasa bila jumpa yang lagi murah..Grrr...Nak nyesal pon tak guna..huhu..
 




 
Next stop kitorang seterusnya dibawa ke kilang membuat pasu & ceramic.Ni tempat feberet mak aku ni, nasib baik naik flight, kalau naik kereta, mau penuh bonet dengan pasu-pasu..Disebabkan naik flight, maka mak aku berjaya mengawal dirinya dari membeli pasu-pasu tu..hihi..Kang tak pasal-pasal flight tak boleh terbang plak sebab pasu-pasu mak aku tu..haha..Aku ada jugak lah beli seketul dua buat kenangan dan bagi kat jiran..Beli yang kecik-kecik je sebab takut tak muat beg..hikhik..
 

ni gamat yang dah dikeringkan



 
Pastu singgah plak Kedai Lada Hitam, tak ingat lah nama sebenar dia apa.Tadi takde apa sangat pon kat situ, jual cenderamata je.Tapi okey sikitlah dapat sejuk-sejuk badan sebab aircond dia kuat...heheheheeh...
 
 






Next stop plak kitorang dibawa ke Jong Crocodile, ekceli ni bukan tempat wajib pergi sebab kat KL pon boleh tengok buaya ni, lebih-lebih lagi aku ni orang Puchong memang terkenal dengan buaya puchong yang fofular tu, so setakat buaya ni aku tak teruja sangat pon.kahkahkahkah.Tapi disebabkan rombongan kitorang ni terselit beberapa ketul kanak-kanak, so kenalah berlaku adil, bagi dorang enjoy sikit tengok binatang.Asyik bawak gi tempat shopping je, bosanlahh dorang kan..hehe..So, aku ikutkan aje, dengan panasnya, dengan Abi yang dah kembang kuncup mendukung Iqy, sesekali gilir-gilir dukung Iqy, berat badan Iqy tu sepatutnya sesuai untuk budak yang dah pandai berjalan, 10.8kg berdukungggg..Ko rasa???Eh bukan mengeluh, just bercerita...kikikikiki..
 
dak bobot tido je masa ni, tapi senget2 badan aku dukung dia...huhuhu



Perangai tak semenggah ...hahhahah...

 
Lepas tengok buaya, kitorang ke Semenggoh Wild Life Orang Utan..Mari melawat "sedara" katekooo..Orang utan pon biasa2 je kan..Tapi ni orang utan made in Sarawak..So layankan aje..Nasib aku tak baik masa ni sebab datang time orang utan dah balik ke sarang dia.Tak sempat tengok orang utan yang paling tua tu..Dapat tengok kawan dia je yang teruja sekor-sekor seronok lah tu orang duk tangkap-tangkap gambar dia, Ko ingat ko hensemm..kahkahkahkahkahkah..Dia sekor pon dah cukup riuhkan suasana kat situ, pandai dia hiburkan orang yang melawat.Kawan-kawan dia yang lain semua dah balik sarang, dia je sekor-sekor buat OT cari duit poket lebih kot..hahaha..Tetiba hujan turun renyai-renyai, cecepat  berlari anak ke van.Dah lah kena naik bukit sambil mendukung Iqy, perghhhh rasa nak terputus nafas pon ada..
 
mak & papa..

weolls bertiga

Iqychan n abahnya..
 
Destinasi seterusnya, ke Bandar Kuching.Tujuan utama nak bergambar dekat tugu Kuching sebagai bukti dah jejak Kuching..Yela kang ko kata aku menipu plak..Ni yang nak kasi bukti ni..hehehe..Ngam-ngam hujan berhenti masa sampai kat tugu Kuching ni.Tu pon sekejap je, tak sempat nak bergambar beramai-ramai satu keluarga, sebab hujan turun balik, laju2 bawak anak masuk van..huhuh..Haruuuu...
 



 
Okey, dah nak petang kan..dah nak maghrib dah pon , kat sini pukul 6 petang dah macam pukul 7 lebih kat sini..Aku cakap kat Abang Malik nak makan kat Topspot tempat makanan laut paling popular kat situ.Abang Malik cakap tempat tu memang popular dan ramai orang, kena pergi cepat-cepat, kalau tak susah nak dapat tempat duduk.Mujur kitorang sampai awal, orang tak ramai lagi, elok je kitorang duduk, berduyun-duyun orang datang, perghhh ramai betul orang..Makanan kat sini murah lah dari seafood kat Muara Klang tu..Portion dia pon banyak, puas makan..Harga pon murah RM150 je untuk 11 orang..Murah kan..Seafood kot..Aku target dalam 2 ratus lebih..Tapi ehh murah lah plak..Kalau kat muara Klang ni kompom tak dapat harga camtu..huhu..
Dah selesai makan malam, perut pon dah full, apalagi mata dok ingat kat tilam n bantal je la..Dalam perjalanan balik ke Homestay sempat singgah kedai kek kejap, sebab malam tu nak celebrate besday Along aku.kemain celeberate besday kat obersea..Kihkihkihkih...Suka lettuew..
 
 
 
******************************************************************************************************** Iklan : (Tempahan tapak iklan email ke elfekluz1921@gmail.com) 
 
 


 
 
 








6 comments:

  1. meriah...
    bestnya dapast makan seafood bebanyak pastu murah pulak tuh..syiok!

    ReplyDelete
  2. Dapat owner yg baik hati memang hilang marah jadi hormat. Sampai belanja breakfast dua hari memang terbaiklah. Iqy memang macam anak bosnia. Kakak tengok pun geram. Pipi dan mata dia tu:)

    ReplyDelete
  3. BESTNYA DH JALAN2 KE SANA..HIHIH.. GERAM TGK UDANG TU KAK OII..

    ReplyDelete
  4. Bestnya Jalan2
    Belum sampai ke sana lagi tssskkk~

    _____________________

    Reply Your Comment at http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com/2015/08/wedding-review-bunga-tangan-fresh-flower.html

    Terima Kasih Nory :)

    ReplyDelete
  5. Assalam nory,
    bab seafoods tu yang tak menahan tengok tuuuuuuuuuuuu\
    ooohooiiiiii udang
    geram iols

    ReplyDelete
  6. Salam. Saya baru baca blog ni. Boleh mintak contact number untuk pakej van + penginapan di sarawak ?

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)