Followers

Thursday, February 28, 2013

Berhati-hati dengan panggilan +375 atau +371 atau 081 +

PERINGATAN PENTING : PDRM menegesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu, yang berupaya menyalin maklumat dan mengenakan cas yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih.Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembalai terhadap nombor luar negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau +081 (missed call/ panggilan yang tidak dikenali)

Panggilan tersebut boleh membuatkan pemanggil dikenakan caj yang tinggi (premium rates) dan semua maklumat yang berada didalam telefon bimbit akan diambil sepantas 3 saat termasuk maklumat bank dan kad kredit sekiranya maklumat tersebut berada didalam telefon bimbit.

Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui.Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkandiri menjadi mangsa jenayah siber.

(sumber dari Facebook)


***********************************************************

Kalau tak silap minggu lepas, aku dapat 1 mesej dari nombor luar negara yang mengatakan kad sim aku menang cabutan bertuah..Nasib baik aku tak percaya..Aku ni dah lah mudah sangat terpedaya...Korang semua berhati2 pasni taw, kalau boleh nombor2 pin semua tu jangan save dalam henpon..Simpanlah kat tempat2 yang lebih selamat..

Redmummy Blogger Gathering @Lasertag Warzone E-Curve




First time aku menjoinkan diri dalam event yang rata2 nyer terdiri dari blogger2 otai, terasa kerdil diri ni bila dikelilingi mereka yang otai2..hehehe..Blogger gathering anjuran blogger femes Red Mummy ni diadakan di Lasertag Warzone , Ecurve Damansara..Ni first time aku main game ni..Bila dah main, pheww seronok siottt..Terus gian nak main lagi..hehehe..




Nasib baik ade geng masa join event ni, aku ditemani yaya, zana, Eida dan adik aku, Nora..Kitorang semua memang tak pernah main menda alah ni, kecuali adik aku yang dah biasa main ngan kawan2 sekolah dia..Game ni lebih kurang macam paint ball, cuma game ni gune laser, so, tak sakit badan kalau kena tembak.Serius weyy, first game aku dah pancit..10 minit je kot, tapi masuk second game and third game, dah ade peningkatan sikit..Ok lah kan, first time main kot walaupon kalah.hikhikhik


Team Purpelicious


Team Captain Abang


Team Arena vs Team Mak Jemah (Final)


Oh yer nama kumpulan kami Purpelicious, kelass ko jahh, nama nak class je kan, padahal main pakai bedal je..hehehe..Mulanya nak letak nama kumpulan "Kak Bedah Huk Aloh", tapi masing2 malu nak sebut, terus terkeluar idea adik aku letak nama Purpelicious..Haishh hentam lah labuu,..Team kitorang ade sorang je lelaki, Abang jamar...Cian abg ni terpaksa join team kitorang yang lemah ni..Tapi oklah ade jgak menang sekali kan...hahahaha...



Antara blogger2 femes yang join sekali adalah Cik Epal, Bro Framestone dan lain2..Memang comeyy Cik Epal ni taw..Kumpulan dia lah yang menang haritu, team Mak jemah..Memang style lah..hehehe..



Dan sebelum terlupa, terima kasih Kak Red sebab sudi invite saya..Next time jangan serik invite saya lagi yer...hehehe...Kak Red memang Hot Mummy lar, jeles tgk body die maintain je walau anak dah 3..Tabikk springgg woo...heee..



kredit pic Cik Lily Putih




Wednesday, February 27, 2013

Barisan Urusetia Program Mesra Amal Blogger bersama anak2 yatim


Mula2 sekali syukur alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana mempertemukan aku dengan kawan2 yang macam dorang ni.Kawan2 yang sentiasa menceriakan hari-hari aku, kawan yang sentiasa berada dibelakang aku,support aku, yang selalu bagi kata2 semangat kat aku, kawan2 yang mampu ubah aku jadi manusia yang lebih baik..Kalau tak kerana mereka, ntah bila lah aku dapat join program2 amal sebegini.Langsung tak pernah terlintas kat pikiran untuk aku menguruskan event sebegini.Mana2 yang kenal aku, aku memang tak ramai kawan, aku suka menyendiri, lebih bersama keluarga, dan jarang bergaul.

Tapi lepas kenal mereka, hidup aku berubah, tak pernah aku rasa sehappy mcm ni dalam persahabatan.Yang bestnyer sejak kenal dorang, aku dah mula pandai selok belok kat jalan raya, aku dah pandai berdikari sikit2, kalau sebelum ni, hidup aku terlampau bergantung dengan suami dan family, tapi sekarang aku dah boleh ingat sikit2 selok belok jalan kat KL ni..Malu weyyy lahir je kat KL, tapi jalan KL sepatah haram aku tak taw..Dush...dushh..dushh...Segan jadi orang weyy..hahaha..

Bertitik tolak dari pertemuan ini (klik sini), kami mengorak langkah setapak lagi untuk anjurkan event anak yatim ni..Idea dari yaya selaku big boss, kami mengatur langkah satu persatu, plan itu ini, mula cari sumbangan, berkorban masa dan tenaga, setiap kali weekend , keluar bersama mencari barang2 dan persiapan..Alhamdulillah , Allah permudahkan jalan kami, dan kami dipertemukan dengan hamba2 Allah yang berhati mulia, yang sudi sponsor, yang sudi hulur sumbangan..Haishh tak terucap dengan kata2, taktaw nak luah camne..Berbiliion terima kasih kami ucapkan..Jasa baik semua hanya Allah je mampu balas..

Meh aku kenalkan barisan urusetia hujung nyawa kami...

Nadia & Syafiq  - www.nadiafarahida.com

Atau lebih mesra dengan panggilan yaya..Dia lah "kepala" event ni.Selaku big boss kami.Tanpa dia, siapalah kami..Seorang yang nampak lembut, tapi tegas orangnyer.Garangg okay..Bekerja dengan orang yang bernama nadia farahida ni, takde istilah main2 okay, kalau die kata kena buat, ko kena buat..Time kerja, buat kerja, time bersuka ria, lantak ko lah nak terlentang ke tergolek ke hape, die takde hal punyer..hehe..kan yaya kan..

Eida & Andi - mseida.blogspot.com

Eida ni orang kedua garang selepas yaya..hahaha..Sentiasa positif dan happy go lucky, tak kisah orang nak kata ape, kalau dia rasa tindakan dia betul, dia akan pertahankan.Kalau dia rasa tak betul, dia akan bagi sebab2 apa yang tak betul.

Mila & Mcdee  - milaahmad.blogspot.com

Seorang yang cool dan kuat semangat..Yang penting Mila tak garang.Terkenal dengan nama jolokan "Mila Milo" dikalangan kami...Dia sempoyy cool je..hehe..Laki die plak penceria suasana,boleh pecah perut layan kesengalan laki die tu..hehehe..

Ieza & Nasrul - senyumangadisgerimis.blogspot.com

Ieza ni kitorang panggil die "Mak" sbb dia suka bahasakan diri dia dengan nama "Mak".Terus melekat nama tu, tak pasal2 husband mak, Nasrul pon kitorang bagi gelaran "Ayah"..haahhaa..Tahun ni kitorang akan sambut baby sulung dalam group kami ni.Tahniah mak & ayah..Doakan utk kitorang plak yer.


Nory & Zul (Joe) - noryzoulkefle.blogspot.com

Haa yang ni plak nory ngokngek dan suami dia..Aku pon tak kenal sangat dia ni..Korang kenal ke dia ni...hahaha...

************************************************************

Nak berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan dorang, apa kata korang terjah blog dorang and follow terus..Tak rugi kenal dengan dorang, dorang bukan makan orang pon..Walaupon garang, saya kenal "sayang" saya..Dorang punya "manja", aku saja boleh rasa...heheeh..Eh kalau nak tumpang bermanja sekali apa salahnyer..

Sebelum aku mengakhiri entry ni, (cewahh), aku nak berterima kasih kat Abi aku, Zulkefle Bin Hashim, kerana tanpa keizinan beliau aku takkan ada kat event tu.Terima kasih abang sebab sokong minat sayang, faham tugas sayang, walau sayang terpaksa kena tinggalkan abang kat rumah untuk memenuhi tuntutan tugas event ni, walau terpaksa makan nasi bungkus sorang2 sebab sayang balik lewat masa uruskan keperluan anak2 yatim tu.walau terpaksa susahkan hati abang masa sayang sesat balik dari beli barang2 rumah anak2 yatim tu.Terima kasih jugak sebab sudi jadi tangga, tangan dan kaki sayang sampai sakit2 badan abang masa event haritu.hheehe..Semua tu pengalaman kite kan abang, 
Arghhh sebakkk!!!

Dan pada barisan urusetia hujung nyawa, terima kasih sebab sudi berkawan dengan diri ni..Tanpa korang,siapalah aku..Sayang korangg dunia akhirat, pasni mesti rindu kenangan manis bertekak, selisih pendapat, bergaduh,,,tumbuk2 kat chatbox..,,,hahaha (tu menipu)..Korang memang awesomee....Jodoh kita memang kuat kan koranggg....Tengok ni , warna kereta pon nak sedondon..Suratan atau kebetulan aku pon tak taw..hehehe..







Tuesday, February 26, 2013

Hari Kekasih di Genting Highlands

14 Februari 2013, bersempena Hari Kekasih kitorang ke Genting Highlands (GH), tapiiii jangan ingat kami kesana semata2 nak menyambut Hari kekasih plak, seumur hidup kami tak penah sambut pon, tu bukan budaya kita ,dan sebagai umat islam, haram kalau kita menyambutnya.Kitorang ke sana memang secara kebetulan and very the un"sangka"rable, kebetulan Abi cuti aritu, lepas tukar tayar kereta terus plan nak naik GH, tak sangka plak jammed giler kat atas nun,jenuh lah kitorang cari parking dekat 2 jam baru jmpa,gigih tak??haha..

Sampai2 je, kitorang terus cari tempat makan, sebab lapar giler2, dah lah hujan time tu, tapi tak rasa rugi pon walau tak dapat masuk theme park outdoor,sebab dah selalu sangat naik GH ni, memang plan naik GH nak jalan2 amik angin sejuk je, feeling2 kat Korea lah kononnya..hoohoho..Kat genting ni takde masalah sangat bab makan, sebab adik beradik Abi ramai keje kat situ, abang die kat situ, kakak ipar die kat situ, so, bab makan memang ditanggung berehh,fully sponsored gitu.


Kitorang makan kat Market Street, kat sini macam2 ada, goreng pisang pon ada..Penah try durian goreng??haa kat sini pon ade, tapi aku tak makan pon, Abi je yang makan..huhuhu..Macam biasa musuh utama aku, "sayur"..Sorry lah sayur, bukan niat nak membenci ko, tapi memang aku susah nak terima "kau".Sorry ek, dah dok tepi diam2.Aku melantak Wantan Mee Dry je....hikhik


Lepas makan, haruslah ade pencuci mulut kan, tak kisah tempat tu sejuk bersalji sekalipon, kalau aku kata nak makan aiskrim, aku nak jugak makan aiskrimm...Gasakkk ko lah nory...Dah lah sambil makan, bibir terketar2, tangan menggigil2, masa ni tgh hujan lebat kat sana, bayangkanlah die punyer sejuk macam mana, tapi takdelah sejuk macam kat Beijing,,(citer macam penah pegi plak kan)..


Pastu baru lah start posing kengkonon kat Korea lettew..Muka poyo giler menanti pelempang je time ni..Org kata nak berlakon kena real kan..hahaha..Amacam??ade macam kat Korea tak?? uhukk..


Abi pon nak poyo jugak possing ala2 Maskulin Boboroiii...haha...Ensemm jgak laki aku ni..


Dah habis posing kat luar, sambung posing kat dalam plak, Abi cakap, "sayang nampak colour blocking harini" hehe..Tu pon nasib baik aku tak pakai selipar merah, kalau tak dah sebijik rupa clown, sebenarnya tak kisah pon orang nak cakap macam clown ke, macam traffic light ke, yang penting aku suka colour blocking dan suka sangat dgn peplum.Colourfull barulah ceriaaa...Tak gitu??



Oh yer, Snow World sekarang dah berwajah baru, lama jgak Snow World tu tutup untuk renovation haritu, rasanya dekat setahun jgak lah..Kalau teringin nak bermain salji kat Malaysia, datanglah Snow World Genting Highlands, kat I-City pon ada, tapi best lagi kat Genting punyer.Tu pendapat aku lah..hee


Tak sampai seharian pon kami kat sana, petang tu kitorang gerak balik kampong Abi ikut jalan Batang Kali.Memang GH ni tak menarik sangat pon, tapi kat sini lah cinta kami berputik, GH menjadi saksi cinta kami taw...Ekcewahh...Walaupon cerita cinta kami tak se"romantik" dan se"sweet" drama hindustan kat TV3 tu, tapi kami ade kenangan kami sendiri..Biar "sweet" nyer kami yang rasa...hehehe...Bak kata Fynn Jamal, "saya kenal sayang saya"...heeee..

Okbye!!




Monday, February 25, 2013

Teasar - Program Mesra Amal Blogger bersama Anak2 yatim




Alhamdulillah event bersama anak2 yatim berjalan dengan lancar semalam..Terharu dengan komitment yang diberi oleh setiap sukarelawan yang sangat2 "ringan tulang"..Kami senang bekerjasama dengan semua sukarelawan yang hadir.Semua sporting dan happening gilerr.Antara kenangan yang takkan aku lupa sampai bila2..Jutaan terima kasih tak terhingga juga buat semua para2 sponsor yang terlibat, review akan dibuat di next entry yer, insyaALLAH..=)


Dan aku, sebagai salah seorang urusetia event ni, menyusun sepuluh jari memohon maaf  andai ada terlebih or terkurang sepanjang event tu berlangsung..Tapi yang pasti event tu berjalan lancar seperti yang kami rancangkan..Alhamdulillah...Semoga ikatan silaturrahim yang terjalin antara kite berkekalan sampai bila2..Jom join next event kami...Sape nk join angkat kening???heheeh


Saturday, February 23, 2013

Pakej Honeymoon Cameron Highlands



Kalini aku nak cerita sikit pasal Cameron Highlands ni memandangkan ade yang email berkenaan pakej bulan madu di Cameron Highlands.Tahun lepas sempena anniversary yang pertama kitorang berbulan madu di Cameron Highlands, cumanyer masa tu aku ni pemalas sikit nak cerita panjang lebar kat blog, sebab still malu2 lagi nak story morry kat sini.Tapi bila dah lebih dari 5 orang yang bertanya, and setiap kali aku check "keywords", ramai yang cari pakej bulan madu di cameron kat blog aku ni, aku pon nak up lah entry pasal ni.Aku ingatkan orang pandang sebelah mata je bila aku cakap aku honeymoon kat Cameron, maklumlah bajet ciput je kan, tak dan lah nak merasa bercuti jauh2, dapat gi Cameron Highlands pon aku dah lompat bintang dah..Gumbiraaa...

Masa aku bercuti kat CH dulu,aku menginap kat Hotel Rosa Passadena.Hotel ni terletak kat area Brinchang.Lokasi yang sangat2 strategic, dekat dengan kedai, dekat dengan restoran, dekat dengan tempat shopping, dan paling best dekat dengan pasar malam Brinchang yg fofular tu, dari hotel tu boleh jalan kaki je ke pasar malam, dekat je, takyah nak bawak kereta and susah2 cari parking.Hotel ni bertaraf 3 bintang, dan kami sangat2 berpuas hati dengan layanan pihak hotel ni.Yang bestnyer bilik air die ade bath tub, memang seronok ko berendam berdua-duaan kat dalam bath tub tu..Dah nama pon "honeymoon" kan..Fedulik hape nak berendam berapa lama sekalipon..


Berkenaan pakej plak, pakej bulan madu ni aku dapat free je masa menang contest kat Jomlahcuti FB..Gigih aku join contest tu semata2 nak dapatkan hadiah anniversary, ekcewahh...Alhamdulillah, mgkin dah tertulis rezeki aku untuk menang, aku berjaya menduduki tempat pertama.Hadiah asalnyer percutian ke Hatyai, tapi masa tu ade kes letupan kat Hatyai, so cancel dan kami diberi pilihan, lalu memilih Cameron Highlands.Yang bestnyer boleh pilih plak tu nak pakej honeymoon atau pakej biasa.Dah tu mestilah kami pilih pakej honeymoon kan.,Apa yang kami dapat dengan pakej tu adalah 

*Penginapan 3 hari 2 malam
* Welcome drink
*Lunch untuk 2 orang
* Kek 
*Candle light dinner (malam pertama)
*Steambot dinner (malam kedua)
*Breakfirst
*Country Trip by van.
* Cenderahati dari pihak hotel

(maaf atas penggunaan bahasa rojak)

Pakej tu semua bernilai RM700 per couple...

Murah kan..? Lagi best sebab kitorang dapat free je pakej tu, hanya keluar duit minyak dan duit shopping je, memang berbaloi2..hehehe..

Berkenaan cost plak, kalau bawak seribu pon cukup untuk 3 hari 2 malam, siap terlebih lagi kot.Lagipon kat Cameron Highlands tu berlambak hotel murah,aku kalau tak dapat pakej tu pon, aku mesti check in hotel2 cikai area situ je, sebab aku tak kisah sangat pasal hotel berbintang ke tak berbintang, asalkan selesa, sudahh..Lagi satu, kalau pergi CH ni better bawak duit lebih bagi yang kaki shopping..Kalau nak murah, aku suggest beli kat pasar Brinchang, sebab kalau beli kat kedai2 ni, harga die lebih mahal dari harga kat pasar..Padahal benda sama je..huhu..

Pendapat aku kan, CH ni memang antara tempat menarik untuk dikunjungi.Aku tak pernah serik nak kesana..Dan sentiasa nak kesana kalau ade rezeki lebih.InsyaALLAH, bulan 3 nanti aku akan ke CH lagi, kalini pergi dengan family pulak..Bagi yang plan nak ke CH tu, aku nasihatkan sebelum naik CH, servis kereta dulu, pastikan tayar, brek, clutch (bagi kereta manual), minyak hitam semua dalam keadaan baik ok..Kalau nak perjalanan selesa ikut jalan Simpang Pulai, jalan dia besar sikit, kalau ikut Tapah selekoh die tajam2..Lori besau2 plak tu..huhuhu..Serrammm mak!!! Ngilu kepala lutut..

Details hotel:

Hotel Rosa Passadena
No.1, Bandar Baru Brinchang
39100 Brinchang,
Cameron Highlands
Pahang, Malaysia

Tel : 05- 491 2288



Friday, February 22, 2013

Siapa punya kerja ni??




Hari isnin haritu, aku balik lunch kat rumah mak aku, mak aku bagitaw pasu kesayangan dia dah pecah..Sedih plak aku dengar sebab mak aku memang sayang giler dengan pasu tu, gigih die susun cantik2.Mak aku pon flshback balik citer macam mana pasu tu boleh pecah..Mak aku citer pagi tu dia pergi "menjemah" kat rumah jiran depan rumah.Tengah dok sedap makan "ketupat", terdengar bunyi benda pecah dari arah rumah, mak pon terus balik rumah nak tengok apa benda yang pecah tu, ke ade orang pecah masuk ke hape kan..Last2 mak aku tengok pasu kesayangan dia tu dah berkecai kat lantai..Mak aku  memang dah dapat agak dah sape punyer keje, mesti "budak" tu punya.Sebab, sejak burung murai tu buat sarang kat pasu mak aku tu (entry ini), budak ni selalu dok usha burung tu.Memang dari mula lagi, mak aku dah dapat agak yang satu hari nanti pasu mak aku tu mesti "melingkup" punye .Tepat sekali sangkaan mak aku..Tapi nak buek camno, benda dah jadi..


Dah cacat pemandangan kat situ, mak aku ni memang hobi dia lah kalau bab2 hiasan dalaman rumah ni, kalau bilik air tu muat masuk sofa loren pon dia nak sumbat agaknya...hehehe..Nasib baik anak2 buah aku kalau datang rumah mak, semua behave je, memang dah train dari kecik lagi, mak aku cakap "Biar pecah kepala, jangan pecah pasu" ..huhu..Ngeri siott..

Dah kalau anak2 buah aku pon takut nak sentuh barang2 mak aku, siapa lagi yang berani usik kan? Siapa lagi budak yang ada kat rumah mak aku tu..Aku dah tentu lah tak tinggal serumah lagi ngan mak lepas kawen, cuma aku tinggalkan "budak" tu je mintak tolong mak tengok2 kan, sebab rumah aku tu tak sesuai utk "budak" tu, takut dia melompat terjun ke bawah dari tgkat 2, menangis tak berlagu plak aku nanti kan..

Budak tu adalah...
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=











=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=







=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

Cer teka siapa???




=
=
=
=
=
=
=
=
=




Ni diaaaaaa "budak" nakal yang pecahkan pasu kesayangan mak aku tu..
Ooo...buat2 muka kesian plak yer..
Baik ngaku cepat...
Laura kan yg buat??

Betul tak??






Patutlah time lunch tu, kemain lagi budak ni dok gesel kaki aku, macam taw2 je mak aku nak mengadu pasal kes dia ni...Haishh Laura...laura...



"Yela...yela...titew mengaku, memang titew yang pecahkan pasu mak tu, titew bukan sengaja pon..Maaf kan lah titeww..Janganlah catu makan titew..titew laparr ni..hukhukhukhuk" (Dialog Laura)

Thursday, February 21, 2013

Aturcara Program Mesra Amal Blogger bersama Anak Yatim



ATURCARA PROGRAM MESRA AMAL
 BLOGGER BERSAMA ANAK YATIM

8.00 pagi   : Ketibaan sukarelawan/ Blogger
8.15 pagi   : Taklimat ringkas kepada sukarelawan/blogger
                 : Ucapan aluan daripada pihak Rumah Amal Kasih Bestari

8.30 pagi   : Sarapan

9.00 pagi   : Aktiviti mengecat rumah anak yatim
                 : Aktiviti gotong royong bersama anak-anak yatim

12.30 tgh  : Rehat
                 : Makan tengah hari
                 : Solat berjemaah (sila bawa telekung sendiri - kaum perempuan)

2.00 ptg    : Aktiviti bersama anak-anak yatim (Games) oleh Bubbles Event Management

4.15 ptg    : Minum petang
4.30 ptg    : Solat berjemaah
5.00 ptg    : Persembahan anak-anak yatim
                 : Sessi penyerahan hadiah games kepada anak-anak yatim
                 : Sessi penyerahan sumbangan dana kepada puhak rumah amal
                 : Sessi bergambar
                 : Bersurai


*Semua sukarelawan/ blogger digalakkan datang lebih awal untuk mengelakkan kelewatan, or sesat barat..Yang pasti hari event itu berlangsung, tiada seorang pon yang terlepas dari melakukan kerja-kerja..Kita buat sama-sama ok.No ngelat-ngelat!!hehehe..Datang dengan niat nak buat kerja dengan ikhlas untuk anak-anak yatim, yang dapat pahala siapa?? diri sendiri jugakk kan..

Rumah Amal Kasih Bestari
Lot 5930, Kg Betik
Kg Melayu Subang
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Jangan risau kalau takut sesat ke hape, boleh direct call Ieza - 012-642 4314..
Tanya jalan je taw, jangan ko melebih2 nak ayat2 die plak...bini orang tu..Tak pasal2 kena sedebik ngan laki die, aku tak bertanggungjawab ok...hikhikhik



         

Wednesday, February 20, 2013

Jumlah keseluruhan sumbangan anak2 yatim Rumah Amal Kasih Bestari


Alhamdulillah, lebih kurang sebulan berhempas pulas mengumpul sumbangan, akhirnyer tiba jgak ke penghujungnyer, mesti ramai yang nak taw berapa jumlah keseluruhan yg berjaya diperolehi oleh tulang2 belakang event ni kan..Jumlah keseluruhan yg berjaya dikumpul adalah sebanyak

" RM 11,266.00"

 ...alhamdulillah, See,, nilai seringgit dua yang korang dermakan tu boleh mencecah ke nilai sbanyak ni...Mulia sungguh tangan yang memberi.Mulia sungguh hati sang penderma,Allah je yang mampu balas jasa baik kalian..Moga dilimpahkan rezeki melimpah ruah berkat doa anak2 yatim nanti...Korang pon taw kan nilai sebesar ini mampu merubah kehidupan adik2 kite di rumah anak2 yatim tu..Tak caya??? Ok, kami akan buktikan..!! Tunggu 24hb ni,,Yang mana dah daftar untuk join, kite jmpa disana yer..

Jumlah besar ini adalah hasil kutipan dari orang2 kuat event ni iaitu Nadia , Eida , Ieza , Mila...Mereka lah yang gigih mencari sumbangan , kesana kemari mencari sponsor..Bagi yg menderma under aku tu, jangan risau, duit korang selamat dan dah ditotal sekali dalam amount keseluruhan tu..Terima kasih buat kawan2, sedara mara, keluarga sendiri yg sudi menghulur sumbangan, dan tak lupa buat Kak Anieym yg sudi share dekat entry dia berkenaan sumbangan ni..Tenkiu akak..

Oh yer, sebelum terlupa,aku nak ingatkan bahawa aktiviti kutipan derma dari pihak kami telahpon ditamatkan serta merta, so, mane2 yang berniat buat sumbangan lagi tu, jangan transfer pada akaun kami lagi yer..Sekian terima kasihh..

** 4 hari lagi Program Amal Mesra Blogger bersama Anak-anak Yatim akan berlangsung...Ya Allah permudahkanlah segalanya..Amiiinnn...



Tuesday, February 19, 2013

Puchong dilanda banjir


Semalam lebih kurang pukul 5 petang, hujan lebat giler..Dah lah semalam aku merempit, dah lah still terkial2 lagi bawak motor.Maklumlah dah lama tinggalkan zaman kegemilangan ni..aikcehh...Pukul 5, aku kat opis lagi, langit dah gelapp gelita, kompom mandi ujan aku balik nanti, sekali ujan turun dengan lebatnyer, bukan lebat biasa2, tapi lebat yg luar biasa..Tepat kul 5.30, ujan still lebatt lagi, macam mana pon, aku nak kena redah ujan ni, sebab kalau tggu taktaw pukul berapa baru nak berhenti, depan opis aku dah mula naik air paras atas buku lali..Abi risau and call suruh mintak tolong mak amik kan, sebab motor abi tggal kat rumah mak masa Abi gi hantar kereta masuk wad tengahari tu, so Abi takleh nak amik and follow aku kat opis..Tapi malas plak nak susahkan mak, aku pon tawakkal jela merempit dalam ujan..Tuhan je taw cmne aku rasa, tapi syiok jgak sbb dah lama tak mandi ujan...kuikuikui...

Sampai umah, basah lenjun and menggigil2...Kasihhannnn...Nasib baik antibodi aku ni kuat, kalau tak mesti demam dah aku ni..huhu..Pastu kan, aku cuti masakk...yeahhooo!!!Abi yg masakkan utk dinner..Tq abi,,Lepas dinner, dengar berita kat TV3 bgtaw IOI Mall banjir teruk sampai dalam IOI pon masuk air..Perghhh dasyat tu...Kawasan parking habis ditenggelami air, kesian pada kereta2 mangsa yg terperangkap.Nasib baik opis aku dekat ngan umah, kalau tak, dah tentu aku pon terperangkap dalam banjir tu takpon terpaksa pasrah layann jammed yg super duper teruk..


****yeayyy!!! kereta dah keluar wad....please syg, jgn sakit2 lagi..susah mak nak poie koje cari rejeki..nanti mak belanja spotrim 80 batang nak??kahkahkahkahkah...(mak ko ni acah2 je)