Followers

Saturday, February 23, 2013

Pakej Honeymoon Cameron Highlands



Kalini aku nak cerita sikit pasal Cameron Highlands ni memandangkan ade yang email berkenaan pakej bulan madu di Cameron Highlands.Tahun lepas sempena anniversary yang pertama kitorang berbulan madu di Cameron Highlands, cumanyer masa tu aku ni pemalas sikit nak cerita panjang lebar kat blog, sebab still malu2 lagi nak story morry kat sini.Tapi bila dah lebih dari 5 orang yang bertanya, and setiap kali aku check "keywords", ramai yang cari pakej bulan madu di cameron kat blog aku ni, aku pon nak up lah entry pasal ni.Aku ingatkan orang pandang sebelah mata je bila aku cakap aku honeymoon kat Cameron, maklumlah bajet ciput je kan, tak dan lah nak merasa bercuti jauh2, dapat gi Cameron Highlands pon aku dah lompat bintang dah..Gumbiraaa...

Masa aku bercuti kat CH dulu,aku menginap kat Hotel Rosa Passadena.Hotel ni terletak kat area Brinchang.Lokasi yang sangat2 strategic, dekat dengan kedai, dekat dengan restoran, dekat dengan tempat shopping, dan paling best dekat dengan pasar malam Brinchang yg fofular tu, dari hotel tu boleh jalan kaki je ke pasar malam, dekat je, takyah nak bawak kereta and susah2 cari parking.Hotel ni bertaraf 3 bintang, dan kami sangat2 berpuas hati dengan layanan pihak hotel ni.Yang bestnyer bilik air die ade bath tub, memang seronok ko berendam berdua-duaan kat dalam bath tub tu..Dah nama pon "honeymoon" kan..Fedulik hape nak berendam berapa lama sekalipon..


Berkenaan pakej plak, pakej bulan madu ni aku dapat free je masa menang contest kat Jomlahcuti FB..Gigih aku join contest tu semata2 nak dapatkan hadiah anniversary, ekcewahh...Alhamdulillah, mgkin dah tertulis rezeki aku untuk menang, aku berjaya menduduki tempat pertama.Hadiah asalnyer percutian ke Hatyai, tapi masa tu ade kes letupan kat Hatyai, so cancel dan kami diberi pilihan, lalu memilih Cameron Highlands.Yang bestnyer boleh pilih plak tu nak pakej honeymoon atau pakej biasa.Dah tu mestilah kami pilih pakej honeymoon kan.,Apa yang kami dapat dengan pakej tu adalah 

*Penginapan 3 hari 2 malam
* Welcome drink
*Lunch untuk 2 orang
* Kek 
*Candle light dinner (malam pertama)
*Steambot dinner (malam kedua)
*Breakfirst
*Country Trip by van.
* Cenderahati dari pihak hotel

(maaf atas penggunaan bahasa rojak)

Pakej tu semua bernilai RM700 per couple...

Murah kan..? Lagi best sebab kitorang dapat free je pakej tu, hanya keluar duit minyak dan duit shopping je, memang berbaloi2..hehehe..

Berkenaan cost plak, kalau bawak seribu pon cukup untuk 3 hari 2 malam, siap terlebih lagi kot.Lagipon kat Cameron Highlands tu berlambak hotel murah,aku kalau tak dapat pakej tu pon, aku mesti check in hotel2 cikai area situ je, sebab aku tak kisah sangat pasal hotel berbintang ke tak berbintang, asalkan selesa, sudahh..Lagi satu, kalau pergi CH ni better bawak duit lebih bagi yang kaki shopping..Kalau nak murah, aku suggest beli kat pasar Brinchang, sebab kalau beli kat kedai2 ni, harga die lebih mahal dari harga kat pasar..Padahal benda sama je..huhu..

Pendapat aku kan, CH ni memang antara tempat menarik untuk dikunjungi.Aku tak pernah serik nak kesana..Dan sentiasa nak kesana kalau ade rezeki lebih.InsyaALLAH, bulan 3 nanti aku akan ke CH lagi, kalini pergi dengan family pulak..Bagi yang plan nak ke CH tu, aku nasihatkan sebelum naik CH, servis kereta dulu, pastikan tayar, brek, clutch (bagi kereta manual), minyak hitam semua dalam keadaan baik ok..Kalau nak perjalanan selesa ikut jalan Simpang Pulai, jalan dia besar sikit, kalau ikut Tapah selekoh die tajam2..Lori besau2 plak tu..huhuhu..Serrammm mak!!! Ngilu kepala lutut..

Details hotel:

Hotel Rosa Passadena
No.1, Bandar Baru Brinchang
39100 Brinchang,
Cameron Highlands
Pahang, Malaysia

Tel : 05- 491 2288



13 comments:

  1. Jom! Jemput join segmen pertama saya http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.html

    ReplyDelete
  2. Xpernah jemu p CH... Akak pon xkisah otel... Asal ada tmpt tido ;p

    ReplyDelete
  3. freeee. best wooooo... ida pergi cameron bawak family dua tahun lepas rasanyaaa.. nanti nak pergi berdua pulak... ntah bila yang pasti nak book rumah kerajaan murahhhh.. haahahhaa

    ReplyDelete
  4. kakkkkkkkkkkkkkkkk,cameron bestkan :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah dear menang pakej tu.. berbaloi2 join kontes ni kan.. Ibu Yusuf dah lama tak join kontes sejak bz bisnes ni.. CH antara tmpat feberet kami.. :D

    ReplyDelete
  6. ena hujung bulan 3 nanti baru nak naik... genting dah merasa, cameron je belum.. ena tak pernah lagi naik ke sana... tengok macam sejuk yg amat je, kena prepare baju sejuk la ni.... huuuuuuu mase naik genting dlu, agak panas bg ena

    ReplyDelete
  7. hamboiii bestnya dapat free..hikhik

    ReplyDelete
  8. wah siap ada welcome drink lagi yer.belum pernah lagi eka nginap sini

    ReplyDelete
  9. bestnya nory dpt pakey hanimun free...:)

    ReplyDelete
  10. bestnya... nk g sana jugak la..hehehe. kene kawen cepat la gini.. :) hehehhe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)