Followers

Saturday, March 30, 2013

Kes buang kucing di kawasan pembuangan sampah


Hahaha, tajuk entry tak boleh blah..Poyoo habis mengalahkan wartawan Karam Singh Walia plak kan..huhu..Harini pagi2 lagi aku dah pergi JPN sebab nak collect IC aku yang dah dekat 3 bulan aku tak collect2 lagi..Haishhh...Sebelum dorang buang IC aku kat tong sampah, adalah lebih baik aku pergi collect sekarang...huhuhu..

Ni aku sediakan sekeping gambar tombot pelupusan sampah barangkali...huhu..Aku nak korang cari kucing kat dalam gambar tu.Cer cari...cer cari....Kalau jumpa memang ko terer..

Haaa memasing juling mata cari kucing kan..Aku suruh cari kucing je taw, jangan ko pi cari semut plak, memang tak jumpa lah kan..
hehehee..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v  

OK FINE!!!!
mesti korang tak jumpa kan,
pada yang jumpa, tepuk tangan untuk diri sendiri...Memang takde hadiah pon nak bagi setakat ni..hehehe..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Ini jawapannya...nampak tak kucing tomeyy kaler hitam putih tu...Tomeyy kan Kak Ton..Eh tomeyy kan kucing tu...hehehehe




Friday, March 29, 2013

Tips Packing Baju Jimat Ruang untuk Backpackers


Okay harini aku nak share sikit tips bagi sesiapa yang nak travel secara backpackers ni.Seminggu lagi aku nak pergi bercuti, oleh kerana aku ni tergolong dalam orang yang berpoket nipis, so, masa beli tiket flight aku tak beli pon luggage,nak jimat lah kengkonon..Lagipon percutian singkat je, hangkut je beg sekolah , jalaaannnn...hehehe

Tapi yang jadi masalahnya, aku ni kalau pergi bercuti dah biasa bawak beg roda tu, so, seboleh2 aku nak bawak semua baju2 aku satu almari , semua nak sumbat dalam beg..Phewww...Sekarang ni plak, pestaim pergi bercuti bawak beg kecik je.Puas lah hari2 aku dok try , lipat baju, gulung baju masuk dalam beg, pastu  keluarkan balik, lipat balik, gulunggg..Haishhh bila nak habis dahh...

Last2 aku terjumpa video ni kat youtube, agak2 boleh membantu tak??
Jom ushaaa dulu...Kalau bernas, boleh tiru..hehehhe..



Thursday, March 28, 2013

Pertama kali berjauhan dengan Abi



Selama hampir 2 tahun kami berumah tangga,inilah kali pertama kami berjauhan.Petang semalam masa kat opis, Abi call bagitaw jiran sebelah rumah mak mertua meninggal.Jiran tu bukan sekadar jiran je tapi merupakan bapa angkat Abi.

Abi bagitaw dia kena balik kampong lepas waktu kerja nanti dan esok (harini) dia cuti kecemasan.Aku tak dapat nk ikut sebab minggu ni aku memang tak boleh cuti sebab boss aku dua2 outstation.Kecuali kalau kematian keluarga tdekat macam ibu bapa baru boleh ambik cuti kecemasan tu.So, nak taknak terpaksa lepaskan Abi balik kampong sorang2..

Perasaan pertama kali berjauhan sangat2 menguji kami.Rasa kekok tidur sorang2.Paling syahdu masa Abi nk bertolak,cium tangan,peluk Abi kuat2,Abi pesan suruh jaga diri elok2.Paling haruuu bila Abi pun menangis sekali bila tengok bini dia menangis macam nk lepaskan laki dia pergi berperang.Padahal sehari semalam je kot..huhuhu...



Baru sekarang aku faham camne perasaan isteri2 yang berjauhan dengan suami..Alahaiii.susahnya nk describe perasaan tu.Ni baru sehari semalam,kalau seminggu,aku rela berhenti kerja terus..huhu..
Mata abi merah2 menangis mengalahkan aku plak..Abg mesti rindu kat syg kan..Syg laaagi rindu kt abg.Tak sabar tunggu abg balik petang nanti...

Sebelum pergi, siap bekalkan Abi 'anak tudung' yg baru aku pakai pergi kerja semalam.Abi cakap,nanti abg rindu kat syg,abg boleh cium 'anak tudung' syg ni...Uwaaaa....sedihhhnyer...Malam tadi aku tidur rumah mak aku, susahnyer nak lena, sebab biasanya Abi peluk time tidor (hahahaah)..Tidor dengan Laura (kucing aku), baru peluk sekejap, dia dah bangun nak berakk pulak..Haishh macam2 lah Laura ni..





*tak sabar tunggu Abi balik petang nanti.....rinduuuuuuuu Abi sangat2

Wednesday, March 27, 2013

Bercuti ke Cameron Highlands bersama keluarga

Harini baru ada kerajinan nak update percutian kami ke Cameron Highlands (CH) pada 9 & 10 Mac 2013 aritu.Percutian kalini melibatkan 3 keluarga besar yang terdiri dari sedara mara,sepupu sepapat, anak buah berheret2..hahaha..Planning pon last2 minit jugak, kurang sebulan dari tarikh pergi, 2 minggu sebelum kakak ipar aku dah booked siap2 penginapan kitorang kat sana.Entry penginapan boleh refer kat sini , Penginapan Murah Di Cameron Highlands (klik).

Kos penginapan RM350 untuk 2 hari 1 malam, bila dibahagi kepada 3 keluarga besar, setiap keluarga cuma bayar RM100 je, cuma family aku je bayar lebih sikit sebab kitorang ramai..hehe..
Kitorang bertolak dari rumah pukul 8pg, singgah RNR Tapah untuk sarapan, lepak2, pastu teruskan perjalanan naik ke CH, sampai CH lebih kurang pukul 12tghari macam tu lah lebih kurang.Memandangkan waktu check in pukul 2ptg, kitorang parking kereta then jalan kaki menuju ke Cactus Valley, yang terletak tak jauh pun dari tempat penginapan kami tu.Tapi bagi yang tak biasa berjalan kaki jauh, memang semput sikit lah..hehehe..Aku dah biasaaa takpe....kihkihkih..
Masa ni, kitorang berjemaah jalan kaki menuju ke Cactus Valley, memasing muka ceria lagi.Maklumlah baru sampai, so, gambar memasing semua teruja gilerrr laa..

Ni kat depan entrance Cactus Valley, yang tak larat jalan kaki, aku suggestkan bawak kereta terus naik ke atas, sebab kat atas ada disediakan parking, termengah2 jugaklah nak mendaki bukit ni kalau jalan kaki..hehe..

Keterujaan masing2 makin menggila, tak sah kalau tak melompat depan kamera..Hahahaha..




Cactus Valley ni bukan ada cactus je taw, straberi pon ada, sayur-mayur, semua ada, serveniour pon ada dijual, bunga-bunga pon ada, so, explore sampai habis yer, jangan separuh jalan je, kena rajin berjalan sampai ke atas nun..hehheehe

Kalau dah sampai CH, tak sah kalau tak bergambar dengan "monumen" stoberi ni kan..So, layankan ajeeee....

Mak dengan papa dah penat dah, sampai je kat atas terus urut2 badan atas kerusi urut tu..hehehe..Sementara yang lain, sibuk main game dan makan2..

Nak petik stoberi pun boleh, tapi aku tak petik pun, sebab mahal, baik beli kat pasar malam, lagi murah, tak payah susah2 nak petik sendiri...Tapi kalau nak rasa pengalaman memetik stoberi sendiri apa salahnya, cuba lahh...Tak salah punn...heeee

Masa ni dah turun dari Cactus Valley, sebab pihak apartment dah call bagitaw bilik dah ready untuk check in, so, kitorang pon check it out cepat2, tapii depa2 ni semua sempat lagi posing kat Jeep vurokk ni.Siap buat pose ala2 'Lahad Datu' lagi...hahahaa..

Lepas dah check in, kitorang lepak2 dulu rehatkan badan, memasak kat dapur, makan kenyang2.Dah siap mandi semua, lepas Isyak kitorang sekali lagi keluar berjemaah berjalan kaki menuju ke Pasar Malam Brinchang, pasar malam sangattt lah dekat dengan apartment kami, cuma satu jela, masa pergi laju je turun bukit, time balik, phewwww memanjat bukit dengan tangan kiri kanan penuh dengan "hasil rembatan"..huhuhu...Pasrahhh jela Bedahh oii...

Balik dari pasar malam, ada sambutan Hari Jadi anak2 buah aku dan sambutan Ulang Tahun perkahwinan maklang & paklang aku.2 bijik kek Chocolate Indulgence (secret recipe)..Kenduri kek kitorang malam tu..hehehe..Gambar takde sebab masa nyanyi lagu "Happy Besday", kitorang tutup lampu, barruuuu lah romantikk gitu, tiup lilin dalam gelapp..Alaalala sweettt nyer..Nak celebrate anniversary mcm tu jugak lah nnt.hehehe.

Keesokkan hari nya kitorang bangun awal, sarapan siap2, pastu pukul 11pg dah check out awal2,  boleh je kalau nak check out lambat, sebab owner dia jenis yang tak berkira, tapi disebabkan kami tak punya banyak masa nak jalan2 satu CH, so, kitorang check out awal dan terus sambung bershopping dan cuci2 mata sekitar CH.Kitorang singgah Kea Farm beli sayur-mayur, jagung manis, dan strawberi untuk bawak balik.Aku tak shopping banyak pun, maklumlah tengah simpan duit nak pergi bercuti lagi...hehe..So,aku telan air liur jela, lagipun CH ni bila2 boleh pergi lagi, so tak ralat sangat kalau tak dpat shopping banyak2 masa tu..hehehe..Tapiiii dalam tak shopping, bonet kereta penuh jugakk..huhuhu..No komenn!!



Lepas siap bershopping, kitorang pun gerak turun , plan nak singgah Ladang Teh Sungai Palas, tapi sebab hujan lebat, kitorang pun turun jela, tapi sampai sekerat jalan, hujan dah berhenti, kebetulan masa tu dekat dengan Ladang Teh Bharat (ikut Tapah), so, kitorang pun berhenti jugak amik gambar seketul dua.Yang lain semua dah terlepas turun ke bawah dulu, so, kitorang je lah yang sempat singgah sini..hehehe..


And last sekali, just nak tepek gambar "tuan tanah kedaung" bersama dengan suami tercinta.heheeheh...


Kalau korang perlukan bantuan untuk membantu korang  merancang percutian yang lebih teratur, korang direct contact ke laman web ni SOTA.TRAVEL
Yela, kadang2 tak semua orang punya banyak masa nak uruskan sesebuah percutian, so, nak lagi cepat, senang, dan teratur, serahkan je pada yang pakar untuk uruskan percutian korang, dah semestinya korang akan lebih berpuas hati.



-SEKIAN-

Tuesday, March 26, 2013

Suamiku is Chef !!

Ramai jugak yang taktaw, disebalik kehenseman dan ketampanan serta kegagahan Abi aku tu, die sebenarnya seorang Chef..Kahkahakahkah..Lantak korang lah nak muntah hijau ke hape...Kalau tengok gaya dia pergi kerja, dengan jaket motor dia, dengan glove dia, helmet dia, orang mesti tak sangka yang dia tu Chef..Orang mesti ingat.., "Ehh Awieee ke tu??kahkahkah..Haishh jenuhlah aku mengelap muntah korang ni haa..


Ramai yang kata, "wah untongg lah ko Nory, suami Chef, mesti selalu makan sedap2.." ataupon ade jugak yang cakap "eh nory, ko mesti tak reti masak sampai sekarang kan, laki ko kan chef"..Eh halllluuu...tak semestinya okay, aku pandai masak jugak cuma tak lah sehebat mana, takat nak bagi hilang lapar tu, insyaALLAH, boleh je aku masak...hehehe

Kat rumah, memang jarang masak pon, maklumlah hidup berdua ni, makan kedai jela senang..hehe..Tapi kalau weekend tu baru lah kami ke dapur..Bab tolong menolong memang aku takde masalah sangat dengan Abi, bab kemas rumah pun alhamdulillah Abi selalu tolong aku ringankan kerja2 aku, bab memasak pon sama, kalau hari biasa aku memasak, time weekend kalau Abi cuti, Abi yang take over kerja2 di dapur..


Tapi lately, asal weekend je, asal Abi cuti je, kitorang memang tak lekat kat rumah,ada je tempat yang nak dituju, asal ari jumaat je, aku dah pening mengadap beg pikir nak bawak baju apa...hehehe..Tapiii aku sukaaaa...Suka berjalan, tak kisah lah kemana, asal dapat keluar dari rumah bawak beg besau, aku dah lompat bintang dah...eheheheheh

Monday, March 25, 2013

10 lapangan terbang paling menakutkan di dunia


Terdapat 10 lapangan terbang yang paling menakutkan di dunia, dan salah satunya terletak di Malaysia..Euwww serraammm mak!!.Dikatakan ukuran landasan sangat singkat dan memerlukan kemahiran sepenuhnya oleh pilot.Silap sikit, habiss lah kome..huhu

1.) Lapangan Terbang Pulau Tioman




Terletak di Pulau Tioman di dalam Negeri Pahang.
Landasannya hanya berukuran 3,254ft (992m) dan untuk mendarat ke sini, pilot perlu menuju ke arah pergunungan sebelum mendarat pada waktu yang tepat.
Jika tayar lambat kena dekat landasan maka lambat brek dilakukan & kemungkinan besar kemalangan akan berlaku.




2.) Princess Juliana International Airport, St. Maarten




Asalnya adalah lapangan terbang tentera pada zaman perang dunia ke-2 dahulu tetapi sekarang menjadi hub utama untuk ke pulau-pulau Carribean sekitarnya.
Sebelum mendarat akan ada satu pantai yang memang ramai orang berkumpul untuk melihat kapal terbang mendarat dan berlepas.


3.) JFK International Airport (Runway 13L), New York, USA.


Lapangan terbang ini adalah yang tersibuk di Amerika.
Mempunyai 3 buah landasan dan yang paling panjang 14,572 feet (4,442m)
Jadi, pilot-pilot tidak boleh buat silap walaupun dengan jarak penglihatan yang agak terhad.


4.) Toncontin Airport, Tegucigalpa, Honduras


Tegucigalpa, ibukota negara Honduras mempunyai landasan hanya 6,112ft (1,862m) panjang.
Ini membuatkan pendaratan oleh jet-jet lebih besar dari Boeing 757 agak mustahil disini.
Lapangan terbang ini terletak 1,004 meter dari aras laut dan dikelilingi  gunung ganang.


5.) Tengzing-Hillary Airport, Lukla, Nepal.




Tenzing-Hillary Lapangan Terbang Lukla, Nepal adalah nama untuk dua pendaki pertama yang mencapai puncak Gunung Everest.
Lapangan terbang ini beroperasi pada ketinggian 8,000 kaki (2,438m) dan hampir tidak ada ciri-ciri modern air traffic control- bahkan tidak ada lampu , dan tenaga elektrik sangat sedikit sekali.
Sebab itu hanya penerbangan waktu siang yang dibenarkan dan bergantung kepada pilot yang mahir di kawasan tersebut.



6.) Gibraltar Airport, Gibraltar




Lapangan Terbang Gibraltar juga mempunyai landasan yang sangat pendek , hanya 6,000 kaki (1,828m).
Cuaca di lapangan terbang ini selalunya buruk dan menyebabkan beberapa penerbangan dilencongkan ke Malaga,Spain atau Tangier, Maghribi.
Satu benda yang unik disini adalah landasannya yang memotong 1 jalan utama,
Bila pesawat hendak mendarat atau berlepas, loceng & penghadang jalan akan diturunkan macam kebanyakan landasan kereta api.



7.) Juancho E.Yrausqin Airport, Saba, Netherlands Antilles.





Merupakan lapangan terbang di kepulauan kecil Saba dimana landasannya hanya 1,300 kaki (396m).
Ia terlalu pendek untuk pesawat penumpang.
Oleh itu pilot perlu mengelilingi pulau beberapa kali sebelum mendarat, bahan bakar untuk pesawat juga tidak terdapat disitu.



8.) Madeira Airport, Funchal, Canary Islands.





Pada asalnya panjang landasan ketika lapangan terbang ini dibuka pada tahun 1964 hanyalah 5250 kaki (1,600m).
Tetapi selepas peristiwa kemalangan ngeri pada tahun 1977, panjang landasan ditambah menggunakan tiang-tiang yang tingginya 70m.



9.) Courchevel Airport, Courchevel, France




Panjang landasan ini cuma 1,722 kaki (525m) dan tidak rata.
Ini membuatkan pesawat susah untuk mendarat disini dan ditambah pula dengan keadaan salji di kawasan lapangan terbang tersebut.



10.) Kai Tak Airport , Hong Kong



Walaupun sudah ditutup pada 1998, lapangan terbang ini masih diingati kerana kedudukan yang berdekatan dengan penempatan awam.
Penumpang-penumpang dapat melihat kerlipan tv dari rumah berdekatan sebelum mendarat atau berlepas.








sumber : Budak Botak






Saturday, March 23, 2013

Penginapan murah di Cameron Highlands


Halluuu friend...hawau you today??ahh dah kenapa plak nak ber"skiping2" bagai ni..adehh..Semasa korang sedang membaca entry ni, aku mungkin sedang sibuk di kenduri rumah kakak ipar aku..Ekcewahhh...Harini aku kat Sekinchan, rumah kakak ipar aku,ada kenduri sikit.Entry ni "auto-publish" jer senang..
Haritu kan aku bercuti ke Cameron Highlands dengan family aku, so aku nak kongsikan sikit apartment yang kitorang duduk untuk 2 hari 1 malam.Kitorang menginap dekat Crown Imperial Court yang terletak di Brinchang.Betul2 kat belakang petronas Brinchang.Apartment ni dimiliki oleh orang melayu kita, islam plak tu, satu yang aku suka dengan rumah ni, pemilik hanya menerima customer yang beragama islam je.So, soal kebersihan adalah "tiptop".

Haa ni aku serta kan sekali name card apartment ni.Apartment ni under pengurusan Sufi Muslim Holiday Apartment Cameron Highlands.,tapi korang jangan konpius plak, sebab apartment ni terletak didalam bangunan Crown Imperial Court tu, cuma nama je berbeza.Jangan ko cari Apartment Sufi plak, memang tak jumpa lah.So, nak senang, cari je Crown Imperial Court tu, kompom tak sesat.Bab harga plak, tu haaa , dah siap tertera kat name card tu..Murahh kan..

Rumah yang kitorang dapat ni mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang dapur yang lengkap dengan peralatan memasak, ruang tamu, dan balkoni, pendek kata, macam2 ada.Dengan bayaran yang mampu bayar, aku rasa apartment ni memang sesuai sangat untuk family yang datang ramai2,macam kitorang 3 keluarga besar, bila bergabung..Meletoppp!!Eh dah macam Adam ngan Stacy plak ek..hehe..


 Yang ni ruang tamu dia, selesa sangat, nak lagi luas, boleh alih kerusi2 tu semua ke tepi..Pastu ko nak main galah panjang kat situ pon boleh..Tade hal punya..TV dilengkapi Astro sekali, takde caj tersembunyi pon.Ko layan lah sampai lebam, takde sapa nak marah pon..huhu


Ni pulak ruang dapur dia, dilengkapi dengan peralatan memasak, periuk belanga semua ada, tapi ko dah pakai, jangan ko pikul bawak balik pulak, orang punya tu, orang dah bagi pinjam, kita kena lah guna dengan seeloknya..betul tak??heee..


Terdapat 3 bilik dalam rumah ni , setiap bilik ada almari, katil dan alat solek,siap ada extra tilam lagi.Bilik utama pulak siap ada biik air dan balkoni lagi..Perghh teringin plak nak beli rumah camni..Eh tetiba...


Ni plak gambar bilik air. gigih tak aku tangkap gambar satu2..heeeheh..Yang tak best satu je, tekanan air slow, mandi tak puas..Tapi memang bersih, ko nak bersila kat dalam tu pon takde hal..
Dan yang pasti, memang selesa giler duduk apartment ni, tido pon lena, maklumlah malam tu hujan, masing2 tido dengan lenanya...sejuukkkk weeyyyy...tak caya tengok keterujaan mereka2 yang sengal ni...hahahahah...tak boleh blah muka masing2...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Kalau korang perlukan bantuan untuk membantu korang  merancang percutian yang lebih teratur, korang direct contact ke laman web ni SOTA.TRAVEL
Yela, kadang2 tak semua orang punya banyak masa nak uruskan sesebuah percutian, so, nak lagi cepat, senang, dan teratur, serahkan je pada yang pakar untuk uruskan percutian korang, dah semestinya korang akan lebih berpuas hati.