Followers

Saturday, October 13, 2012

Tips menghias rumah flat/apartment

Menghias rumah flat (atau omputih panggil apartment) memang mencabar sebab terpaksa berdepan dgn keluasan yg terhad.Tmbahan plak, bg penyewa rumah flat (mcm aku) di bandar2 besau,tuan rumah sudah meletakkan mcm2 syarat.(Tuan rumah aku okay je).Sungguhpon bajet dikalangan pemilik atau penyewa rumah flat agak kecil,msh ada cara dan idea dekorasi yg sesuai .Nak tahu tips2 nyer? Korg boleh menjadikan umah flat korang nmpak cantik and elegant seperti dihias oleh Eric Leong..hahaha..Meh nk konsi tips sikit..:

1. Balance dan harmony
Untuk dekorasi rumah flat,pentingkan keseimbangan dan keharmonian.Perabot,kemasan, dan aksesori harus seiring dgn skema dekorasi kita.Tetapi tak bermaksud ia perlu serupa.Terlalu byk yang serupa, hilanglah kreativiti kita kan.

2. Dekor rumah bukan bilik
Kerana keluasan terhad,hiaslah rumah, bukan hanya bilik.Drpd pening memikirkan konsep hiasan bg setiap bilik atau ruang, kita hanya perlu menghias keseluruhan dalamn rumah dgn tema,stail atau warna yg digemari utk mendapatkan flow dekorasi yg kita mahukan.Cuba pilih warna dinding yg terang (bright and bold) utk satu bilik.Psikologi warna dlm hiasan dalaman.Gunakan warna yg sama pada bedding set dalam bilik yg satu lagi.Kemudian hias ruang tamu dgn bantal kecil pada sofa atau hamparan (masih warna yg sama).

3. Kualiti dan jenama
Kita tidak perlukan setiap sudut dihiasi dgn perabot dan aksesori oleh pereka terkenal.Harga dan jenama tidak begitu penting.Cuma elakkan drpd menempatkan benda yg murah bersama yg mahal.Ia hanya menampakkan lg "murahnya" barang tersebut.

4. Kurang lebih baik
Semakin kita kurangkan,semakin lebih kita akan dpt.Apa makdusnya? Pemilihan atau aturan perabot dan aksesori hiasan yg kelihatan kemas, simple, tidak kira berapa kosnya,akan nmpak lebih bergaya dan mahal.Kerana ia berkait rapat dgn ciri hiasan dalaman moden yg elegan.

5. Mix and Match
Ruang tamu kita yg dipenuhi dgn produk barangan IKEA hanya akan kelihatan agak keterlaluan.Adun dan padankan apa jua yg ada.Begitulah pakar hiasan dalaman melakukannya agar dekorasinya tampil lebih berkesan.

6. Kurangkan ukuran utk lebih luas
Sesuaikan ukuran perabot dgn bilik.Jika bilik kita kecik,kita perlukan perabot bersaiz kecik juga.Apa yg kita boleh lakukan ialah menggantungkan lukisan atau artwork bersaiz besar utk mencipta ilusi sebuah bilik yg luas.Namun anda tidak boleh gunakan trik yg sama ketika memilih perabot.Tip menjadikan ruang tamu kelihatan lebih besar.

7. Masa adalah segalanya
Sebaik shaja melangkah ke kediaman baru, kita mesti terpikir untuk membeli perabot dan aksesori bg memenuhi ruang yg ada..Sabarrr yer,,,Kemungkinan pencarian kali pertama kita akan gagal menemui apa yg diinginkan.Yg mana akhirnya,kita terpksa memilih sesuatu yg kurang sesuai utk rumah kita.Atau kita terpaksa berbelanja lebih pd hari tersebut.Ambil masa sehingga kita jumpa yg benar2 sesuai dgn citarasa kita.

8. Too Funky is junky
Tidak salah dgn ciri funky,Warna yg striking ,bentuk unik,selalu menarik pndangan.Ia akan jadi lambang citarasakita dan mempunyai mesej yg tersendiri.Tetapi jgn over..Tonjolkan secara minima.Jika byk sgt, jadi serabut and semak lah pulak kan.Contohnya,kita hnya perlu tempatkan salah satu koleksi pasu kita diruang tamu..Bukan ke lbih unik??
credit utk rumah sndiri...hikhikhik
sumber dari SINI...

12 comments:

  1. untung la husband nory xkisah color pink cat kat wall..sofa color merah..mok mok sure xbagi..awal2 dh bangkang..hahahahahaa

    ReplyDelete
  2. @::CIK LYNN:: alaa biasa2 je lynn...bajet pon ciput je...hehe

    ReplyDelete
  3. @nadia nory lg suka tgk umah nadia....jeles taw...lg tantekkk giler..

    ReplyDelete
  4. @Falsya tu lah , nsb baik hubby tak kisah pasal pemilihan kaler cat tu...hehe

    ReplyDelete
  5. treatment for fatty liver the natural way treatment for fatty liver the
    natural way treatment for fatty liver the natural way

    Feel free to surf to my website ... what to eat to treat fatty liver

    ReplyDelete
  6. npk bz contoh umah diatas

    ReplyDelete
  7. kalau nk deco apartment mmg agk mncbar sbb ruang kecik..Tapi side yg bagusnya jimat sikit belanja..Tak perlu byk brg sngt..Lagi besar ruang..lagi byk barang..lagi byk belanja..

    ReplyDelete
  8. What a data ߋf un-ambiguity and prеѕerveness of precious knowledge on the topіc of unexpected emotions.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)